Showing posts with label menulis. Show all posts
Showing posts with label menulis. Show all posts

Thursday, May 1, 2014

Bagaimanakah saya boleh membantu anak pandai menulis?

Pastikan anak anda menguasai 6 aspek di bawah sebelum mereka mula menulis:

1. Perkembangan motor halus - melakukan aktiviti dengan menggunakan jari jemari dengan baik.


2. Koordinasi mata dan tangan - membuat aktiviti yang melibatkan koordinasi mata dan tangan seperti menguntai manik dan menyusun blok serta menangkap bola.


3. Berupaya memegang peralatan menulis - terbaik dengan pegangan 'tripod' 
 


4. Berupaya membuat garisan asas iaitu garis lurus dan bulatan dengan mudah.

5. Berupaya mendiskriminasi bentuk dan rupa huruf - melalui visual dan / atau secara lisan.
   Gunakan kad huruf dan huruf-huruf plastik untuk melantih anak membezakan huruf. Galakkan anak menceritakan perbezaan huruf.
 Sebagai contoh, 'b' ( sebutkan beh 'bukan nama huruf 'bi' ye ) ada tiang panjang dan telinga cawan di sebelah kanannya.

6. Memahami konsep menulis adalah dari kiri ke kanan ( untuk bahasa Melayu dan Inggeris ).
   Dedahkan anak kepada buku-buku cerita bahasa Melayu dan Inggeris seawal anak berumur 3 bulan. 

Thursday, January 9, 2014

Perjalanan Melukis dan Menulis Anak kecil (15 bulan sehingga 5 tahun)

Tahap 1: Contengan bebas ( 15-22 bulan )
Pada tahap ini kanak-kanak bebas menconteng menggunakan alat tulis seperti krayon, berus cat,  pensel dan pen warna. Mereka juga boleh menggunakan jari mereka untuk menconteng ( finger painting ).  Pada tahap ini kanak-kanak belum dapat mengawal penulisan mereka.  Mereka hanya mampu membuat 'tanda' ( marks ) pada kertas. Kebanyakan mereka menggenggam alat tulis. Contengan yang dihasilkan adalah daripada pergerakan besar daripada bahu. Berilah mereka peluang untuk meneroka pelbagai alat tulis. 


Tahap 2: Contengan Terkawal ( 2 - 3 tahun )
Apabila kanak-kanak dapat mengawal otot-otot tangan dan jari mereka dengan lebih baik, contengan mereka akan lebih bermakna. Mereka mampu membuat garisan menegak, mendatar, condong dan bulatan yang terbuka 
( open circles ). Kanak-kanak pada tahap ini dapat mengulangi contengan yang sama. Pada tahap ini juga kanak-kanak akan mula memegang alat tulis dengan pegangan tripod
( menggunakan ibu jari dan jari telunjuk ). 


Tahap 3: Garisan & Bentuk ( 2 1/2 - 3 1/2  tahun )
Pada tahap ini kanak-kanak mula memahami mereka dapat menulis dengan membuat pelbagai bentuk garisan dan lengkungan. Mereka akan mula cuba menulis 'huruf' dan 'perkataan'. Pada tahap ini mereka akan mula memahami apa yang mereka tulis membawa makna. 
Pastikan anda melatih anak menulis huruf dengan betul 
( correct letter formation ) samada menggunakan alat tulis atau pun dengan jari ( finger painting & menyentuh huruf pasir ). Galakkan juga anak mencerita apa yang dilukis bagi merangsang perkembangan bahasanya. Ini adalah tahap awal latihan menulis karangan, iaitu melalui lukisan. 

Tahap 4: Lukisan Objek & Orang ( 3 - 5 tahun )
Pada peringkat awal kanak-kanak akan melukis dahulu dan melabelkan lukisan mereka kemudian. Mereka tidak merancang apa yang ingin dilukis. 

Kemudian mereka akan mula merancang apa yang akan mereka lukis.  Mereka mula melukis dengan lebih terperinci. Mereka dapat mengawal alat tulis dengan lebih baik. Mereka juga pandai menggunakan warna-warna. Pada tahap ini kanak-kanak mula memahami penulisan simbolik. Mereka juga sudah dapat membezakan di antara penulisan dan lukisan. Anda akan melihat anak anda melukis gambar dan kemudian menulis sesuatu pada gambar. Sekiranya anda pupuk kemahiran ini, anak anda akan lebih mahir menulis cerita pada hasil lukisannya - bakal 'penulis' hebat suatu hari nanti. 

Sunday, December 15, 2013

Kursus Asas BARE Kuantan, 14 Disember 2013

Di antara luahan dan soalanara peserta di awal sesi. Kursus Asas Bacalah Anakku dan Readeasy di Kuantan:


1. Saya setuju ajar membaca Bacalah Anakku terbaik, tetapi ajar menulis memang tak boleh. Budak fonik tak boleh menulis.

2. Ajar bunyi  a i u dalam Buku 1 memang senang, tapi penat saya ajar /n/, /a/, na, budak tak dapat-dapat. /b/ ok. Kenapa pilih /n/? Susah betul!
( He he pesertani memang terbaik. Meluahkan segala isi hatinya sebagai seorang guru. )

3. Saya ajar budak Bacalah Anakku. Saya ajar bunyi tapi kenapa saya rasa macam dia hafal semua dalam buku 1 dan 2? (:0)

4. Tak boleh ke kita ajar a (ei), /a/? 

Ulasan saya untuk luahan 1:
 Daripada pengalaman saya menggunakan kaedah fonik dengan anak-anak kecil, mereka menulis dengan lebih baik. Malah banyak juga kanak-kanak fonik, yang berumur 4 tahun, menulis 'dengan sendiri', tanpa diajar menulis secara formal. Kenapa? Oleh sebab mereka diajar mengenal bunyi yang dikaitkan kepada huruf (simbol) menggunakan teknik pelbagai deria. Mereka diajar menyentuh huruf berpasir, membentuk huruf dengan doh dan menyanyi lagu aksi sebagai contoh. Mereka mudah mengingat bunyi dan mengenal bentuk dan rupa huruf.

Sekiranya kita menyuruh mereka menulis bunyi /s/, mereka akan tulis 's'. 

Yang pasti mereka tidak tahu menulis sekiranya kita menyuruh mereka menulis dengan menyebut nama huruf, sebagai contoh, "Tulis 's' (es)."

Kesimpulannya, pada tahap menulis huruf, galakkan kanak-kanak fonik menulis dengan menyebut BUNYI bukan nama huruf.

Seterusnya mereka diajar membaca sukukata dan perkataan dengan menggabung-gabung bunyi. Dengan itu sekiranya kita menyuruh mereka menulis 'si' mereka akan menulis huruf 's' dan 'i'. Mereka tidak akan keliru sebagaimana kanak-kanak yang diajar membaca dengan mengenal nama huruf dan mengeja-ngeja, yang selalu keliru samada 'si' itu 'c' atau 's' dan 'i', sebagai contoh. Banyak lagi kekeliruan kanak-kanak kaedah mengeja seperti menulis 'bi' dan 'ji'.

Untuk kanak-kanak fonik, pada tahap menulis suku kata, kita hanya perlu menyebut, "Tulis 'sa' atau 'si' atau 'su'. " sahaja. Kita boleh memudahkan menulis dengan memanjang bunyi-bunyi yang boleh dipanjangkan, sebagai contoh, /sssaaa/.  
Pada peringkat awal, kanak-kanak akan bertanya, " Ada /s/, cikgu?" Kemudian setelah mereka menulis 's' mereka  akan bertanya , "Ada /a/, cikgu?"

Setelah mereka dibiasakan menulis, kanak-kanak ini dapat menulis suku kata atau perkataan hanya dengan kita atau mereka sendiri menyebut suku kata atau perkataan tersebut.
Begitulah ' the writing journey' kanak-kanak fonik.

Bahkan mereka gemar menulis luahan hati mereka atau apa saja dengan sendiri. Banyak ibu bapa menceritakan setelah anak mereka pandai membaca dengan Bacalah Anakku, anak-anak mereka suka menulis surat cinta kepada ibu dan bapa mereka.

Di sini contoh karangan anak saya yang ke empat Amalia ketika dia berumur 5 tahun. 

Amalia mula membaca pada umur 4 1/2 tahun dan saya tidak mengajarnya menulis. Pada umur 5 tahun, semasa karangan ini ditulis, Amalia baru masuk tadika. Saya pun memang TERKEJUT sakan!

Di sini satu lagi contoh bagaimana kanak-kanak fonik menulis.

BERSAMBUNG.







Tuesday, December 10, 2013

White board, pen marker dan tulisan cantik.

Saya ditanya samada baik atau tidak kanak-kanak belajar menulis menggunakan pen marker dan white board. Saya teringat semasa menjadi cikgu dahulu, semua kelas dilengkapi papan hitam. Jarang sekali terdapat kelas dilengkapi white board. Tapi di kelas tuisyen saya ( Dulu-dulu buat tuisyen bahasa Inggeris. Kemudian Kelas Membaca) terdapat white board. Kalau dibandingkan, tulisan saya menggunakan kapur di atas papan hitam lebih cantik daripada tulisan saya di atas white board. Permukaan white board yang licin membuat saya susah untuk mengawal tulisan.

Menulis bukan kerja yang mudah untuk kanak-kanak kecil. Untuk memastikan menulis tidak membebankan kanak-kanak, penting ibu bapa dan guru memilih alat tulis yang betul. Sesetengah kanak-kanak memerlukan bantuan grip pensel  ( sarung getah lembut ) untuk dia mudah memegang pensel dengan pegangan tripod ( tripod grasp ). 

 

Pensel berbentuk segi tiga juga sesuai untuk kanak-kanak yang baru belajar menulis.

Pastikan pensel yang digunakan kanak-kanak adalah pensel 2B supaya mereka tidak penat menekan apabila menulis.

Terdapat kajian terbaru yang mengatakan krayon besar tidak sesuai untuk kanak-kanak yang sedang belajar menulis dengan betul. Menurut sesetengah occupational therapist, latihlah anak memegang pensel kecil dari awal. 

Walau bagaimanapun sekiranya aktiviti menulis adalah untuk mereka mengingat bentuk dan rupa huruf atau untuk mempelajari cara huruf ditulis atau untuk mengeja ( spelling ) atau untuk meluah perasaan, maka pelbagaikanlah cara dan alat menulis. Beri mereka peluang menulis dengan pensel, jari, berus, marker pen, krayon, kapur di atas papan hitam, papan putih, pasir, dinding batu, dinding kaca, kertas warna, kertas putih, kertas pasir dan sebagainya supaya aktiviti menulis tidak memjemukan.

 
 

Bukankah setiap hari kanak-kanak disuruh menulis?

Ada sesiapa berminat memberi anaknya peluang menulis di tingkap kaca? Dijamin menyeronokkan!





Sunday, December 1, 2013

Jadikan Menulis Mudah....

Apabila kanak-kanak diajar membaca dengan KAEDAH yang MUDAH ( Kaedah Fonik Gabung Bunyi ye) untuk mereka membaca, mengeja dan menulis, mereka akan dapat meluahkan idea ke atas kertas dengan lebih senang. Tak payah nak fikir nak tulis huruf macamana. Tak payah nak fikir nak eja perkataan macamana. Mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada penceritaan mereka. Mereka dapat menumpu perhatian sepenuh kepada pembelajaran mereka. Tak hairanlah kajian membuktikan anak yang PANDAI MENULIS di peringkat pra sekolah, cemerlang akademik di peringkat sekolah rendah.

Ibu bapa di rumah boleh membantu anak dengan: 
1. menyediakan 'SUDUT MENULIS' atau 'WRITING WALL' di rumah. Pastikan pelbagai alat tulis, kertas, stickers dan cop hiasan BERHAMPIRAN sudut menulis untuk menggalakkan dia menulis.
Tampal poster SEBUT BUNYI untuk senang merujuk bagaimana setiap huruf ditulis.
 

2. Make WRITING IMPORTANT.
Ibu bapa mesti menunjukkan contoh teladan menulis kepada anak-anak. Let them see you writing. Write love notes to them. Write advice to them. Write reminders to them. 
 

Sediakan peti surat khas untuk anak ( sila guna huruf kecil untuk tulisan. Huruf besar hanya untuk permulaan ayat dan nama khas).


3. Pamerkan hasil tulisan anak anda.


4. Galakkan anak anda membaca apa yang ditulis.
  

Pupuklah BUDAYA MENULIS di rumah anda!

Friday, November 29, 2013

Senaman Untuk Mudah Menulis

Aktiviti menulis bukanlah mudah untuk kanak-kanak. 
Lakukan SENAMAN untuk kanak-kanak mudah menulis:
1. Senaman kuat kan tulang belakang.
2. Senaman kuatkan otot bahu.
3. Senaman kuatkan lengan, tangan dan pergelangan tangan.
4. Senaman kuatkan jari-jemari.
5. Aktiviti koordinasi mata-tangan.

Memanjat, menggayut, menghayun akan menguatkan tukang belakang dan membina otot bahagian atas badan, yang amat penting apabila menulis.

Memulas, memusing, menggayut dan menghayun juga membina otot bahu, siku, pergelangan tangan dan jari yang kuat dan fleksibel.

Aktiviti menolak, menarik objek dan mengangkat badan sendiri pula akan memberi kanak-kanak kefahaman mengenai berat dan tekanan.

     Main tolak.


Di antara aktiviti yang dicadangkan ialah bermain di 'monkey bar', berjalan seperti ketam dan kereta sorong.
        Monkey bars.

     Berjalan ketam.

     Berjalan kereta sorong.


Aktiviti manipulatif juga penting utk kanak-kanak 2-3 tahun sebelum mereka dibimbing memegang pensel dengan 'tripod hold'.
- main doh; uli, picit, ramas, golek, gentel
-menguntai manik
- mengoyak kertas 
- merenyok cebisan kertas
- main dengan pengepit baju ( clothes pegs)

Aktiviti-aktiviti ini menguatkan otot tangan dan jari-jemari untuk memudahkan kanak-kanak memegang pensel nanti.
Bimbing anak untuk melakukan senaman di atas secara konsisten.

Thursday, November 28, 2013

Mana Lebih Penting, Membaca atau Menulis?

Bagi saya membaca dan menulis SAMA PENTING. Apabila kita ajar anak membaca kita seharusnya mengajar menulis pada masa yang sama. Kajian di luar negara oleh Laura Dinehart,  membuktikan kanak-kanak 4 tahun yang MENULIS dengan baik lebih CEMERLANG akademik di SEKOLAH RENDAH nanti.

Awal Penulisan 3- 5 tahun:
1. Apabila mengajar anak bunyi huruf, pastikan anda mengajarnya 'MENULIS' huruf sebagaimana huruf itu ditulis.

Menulis untuk anak kecil tidak semestinya dengan pensel di atas kertas. Aktiviti yang disenaraikan di bawah juga menulis.
- Menyentuh huruf berpasir.
- Membentuk huruf dengan plastisin / playdough.
- Menulis dengan jari di atas pasir / garam.
- Menulis dengan jari menggunakan cat air.
- Menulis dengan kapur basah di atas kertas hitam (sugar paper).
- Menulis di atas angin menggunakan pergerakan besar menggunakan seluruh lengan bukan menggerakkan jari sahaja ( pastikan anak sudah tahu menulis huruf tersebut dengan cara yang betul sebelum melakukan aktiviti ini). 

2. Memegang pensel.

Lekatkat pensel dengan pita pelekat.


Latih anak:
- pegang pensel pada bahagian yang dilekatkan pita.
- Flipkan pensel.
- Letakkan jari tengah di bawah pensel.





Saya cadang di tadika bermula di tahap 5 tahun, adakan masa khas untuk penulisan. Beri sijil khas atau hadiah untuk pelajar secara berkala untuk menggalakkan mereka menulis cantik. Pamerkan hasil tulisan mereka. Saya juga suka sangat kalau guru-guru Tahun 1 dan 2 menyambung usaha ini. Zaman dulu ada kelas khas untuk penulisan (penmanship). Di luar negara ada sesetengah sekolah rendah menubuhkan Kelab Penulisan (The Writing Club). Bahkan ada pertandingan tulisan cantik di peringkat nasional. Jom kita mulakan di sekolah kita!


Friday, October 11, 2013

Suka-Suka Fonik #6 / Fun Phonics #6

Let's Go Shopping
Hujung minggu ini tentu ada ibu bapa yang akan bawa anak shopping keperluan rumah. Untuk anak-anak yang baru pandai membaca, jadikan menulis senarai shopping sebagai aktiviti yang menarik.
Sekiranya ibu bapa tak bercadang untuk membawa anak-anak bersama, kita masih boleh main-main nak pergi shopping dengan anak-anak. 


Shopping list daripada Spoonful.com. Anda boleh download di  http://spoonful.com/printables/printable-shopping-list

Bahan: kertas atau pad nota, pen pelbagai warna
Langkah aktiviti:
1.  Bawa anak ke ruang dapur. Semak stok barangan dapur bersama anak anda. Anak-anak cukup gembira bila mak bagi peluang menyelongkar dapur!

2. Galakkan anak anda menulis senarai barang yang perlu dibeli. Bantu anak mengeja perkataan dengan betul. Aktiviti ini sangat sesuai untuk  anak-anak yang sedang belajar 'convert' bunyi kepada nama huruf. Beri peluang anak mengeja sebelum / sambil menulis. Bantu anak mengeja secara santai. Adalah normal untuk anak-anak fonik  mengeja menyebut bunyi dan juga nama huruf bercampur-campur pada peringkat transisi ini.

Sekiranya anak anda masih belum dilatih untuk convert bunyi, biarkan dia mengeja dengan menyebut bunyi sahaja.

3. Galakkan anak anda membaca kuat senarai barangan yang telah ditulis. 
Jangan lupa puji, peluk cium anak kerana usahanya yang gigih menulis tadi. 

4. Sementara tunggu untuk keluar shopping, anak anda boleh melekatkan senarai tadi di pintu peti ais.

Jangan lupa bawa senarai shopping nanti! Happy shopping everybody!

Thursday, September 19, 2013

UNSTRAPPED YOUR BABIES

STRAPPED in car seats, strapped in rockers, strapped in walkers, strapped in strollers. Strapped, strapped, strapped! Apa implikasinya pada anak kecil kita?


Implikasinya anak-anak kecil sekarang tidak banyak bergerak dan berinteraksi dengan persekitaran berbanding dengan anak-anak zaman dahulu. 
Ransangan motor (motor stimulation) mereka sangat berkurangan.

Menurut kajian-kajian mutakhir (Hannaford, Ayers) hal ini membawa kepada masalah memberi focus (attentional skills), membaca dan menulis.

So ibu bapa berilah sebanyak peluang untuk anak anda menjelajah dunia persekitarannya.

Ransangan Motor untuk bayi 0 - 18 bulan:
1. Dodoi, rock & swing your babies in your arms. Tak payah beli rocker atau swing  yang battery operated. Let your babies feel the warmth of your arms.

2. Baringkan baby terlentang dan meniarap. Tukar-tukar tempat baby baring supaya dia dapat melihat benda-benda persekitaran yang berlainan. Gantung mobile.  Beri mereka pelbagai objek untuk dipegang dan diramas. 

3. Biarkan dia mengesot-ngesot di atas dada. Letakkan toys untuk mengumpan baby mengesot. Nanti cepat dia merangkak.

4. Beri peluang bayi duduk. Let him play with different objects, toys and real things; fruits and veggies too while sitting. Jangan lupa merangsang jari-jari yang kecil. Nanti besar sikit senang menulis.

5. Beri peluang bayi melompat. Best jugak bagi bayi melompat di atas pelbagai permukaan. Atas tilam empuk, atas lantai, atas carpet, atas rumput, atas pasir.

6. Beri peluang bayi merangkak. Merangkak di atas pelbagai permukaan. Merangkak dalam terowong kotak sangat menyeronokkan. Boleh main cak-cak sambil merangkak.
Boleh juga gulung tuala dan letak di bawah dada bayi. 

7. Beri peluang bayi berjalan. Stop strapping them. Walk in the parks, walk at the beach. Walk every where, walk barefooted (check permukaan selamat atau tak ye).
Play Obstacle Walk with them. Letakkan pelbagai halangan dalam laluan jalanan mereka. 

Rangsangan Motor Untuk Kanak-kanak 18 - 30bulan:
1. Beri peluang berjalan dan berlari sebanyak mungkin. 

2. Galakkan aktiviti keseimbangan (balance activities). Berjalan atas tali panjang atau meniti di atas batang kayu atau seumpamanya.
  

3. Galakkan 'spinning' macam kipas helikopter. 

4. Galakkan main susun-susun, main cantum-cantum.


5.. Galakkan bermain pelbagai objek pasang-buka, buka-tutup, picit, tekan, pulas. Tak payah beli toys mahal. Botol, tupperware, kunci dan mangga boleh dijadikan mainan anak.


6. Berikan anak-anak KEBEBASAN untuk MENEROKA.

Bebaskan anak anda untuk belajar secara semulajadi dan bermakna.





Monday, September 2, 2013

Swiping and Tapping VS Writing by Hand

Ya kita hidup dalam dunia digital la ni. Hari berganti bulan, bulan berganti tahun, jari asyik duk main swipe dengan tap keyboard aje. Tulisan pun dah semakin buruk.

Anak-anak kita pun macam kita jugak. Lagi hebat swiping dan tapping. Dalam stroller lagi dah mula!
Kalau kita antara ibu bapa yang bagi anak busy dengan tab dan iPad, saya nak cadang kita ubah. Bagi mereka magna doodle. Boleh pegang macam iPad jugak. Ada saiz kecik tapi budak-budak suka yang besar. Puas menconteng. Dan boleh juga digunapakai dalam stroller :)

Atau bagi pensel warna dan krayon untuk mereka bebas melukis dan menulis.

Menulis dengan tangan membantu pembelajaran, mempertingkatkan memori dan menjana idea-idea.

Kajian di University Indiana mendapati melalui MRI, terdapat lebih aktiviti(neural activity) dalam otak kanak-kanak yang menulis perkataan 'spaceship' dengan tangan berbanding dengan kanak-kanak yang menaip perkataan tersebut.

Kajian lain pula menyatakan kanak-kanak dapat mengingat apa yang dipelajari dengan lebih baik sekiranya mereka menulis/mencatat apa yang dipelajari. Handwriting is a useful cognitive exercise.

Cadangan 1: Untuk kanak-kanak yang baru belajar membaca, pastikan mereka menulis:
- huruf dengan betul setiap kali mereka mempelajari bunyi-simbol baru.
- sukukata dan perkataan apabila mereka diajar konsep gabung bunyi untuk membaca.

Cadangan 2: Untuk kanak-kanak mengingat fakta.
- catat nota(dengan tangan ye) secara kreatif. Sebagai contoh buat mind mapping.

Menulis juga mempertingkatkan kebolehan mengingat kembali fakta(recall facts) 

Menurut Professor Berninger daripada University of Washington, pergerakan jari ketika menulis merangsang bahagian-bahagian dalam otak yang berkaitan dengan memikir, bahasa dan memori sementara(working memory) - sistem pengurusan dan penyimpanan sementara fakta.

Yang bestnye menulis membantu orang super dewasa, seperti saya, keep my brain sharp.

So let's get down to writing every body!

Monday, July 22, 2013

Write It Right (2)

Menulis bagi kanak-kanak bukan mudah. Ia bukan sekadar mengerak-gerakkan jari. Ibubapa jangan expect anak terus aje pandai menulis by the time they are 6 years of age. Untuk kanak-kanak 4,5,6 tahun memegang pensil dengan betul(tripod grasp),  jari jemari mereka sepatutnya dirangsang jauh lebih awal.



Daripada umur 0 - 3 tahun, beri peluang anak melakukan aktiviti memegang, meramas, meronyok, mengoyak pelbagai bahan(kertas, plastik, squeeze toys). Aktiviti sebegini merangsang perkembangan motor halus kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak diberi peluang menggunakan jari jemari mereka, nanti lebih senang kita ajar mereka memegang pensil atau krayon dengan betul.

Cadangan untuk kanak-kanak 2-3 tahun di rumah atau di taska.
1. Aktiviti memegang(grasping/holding) - alat mainan masak-masak(sudip, senduk, sudu, garfu), guli, pom-pom kecil, bola ping-pong, bola tenis, bola getah(pelbagai saiz, paling besar saiz bola tenis. Beri peluang kanak-kanak kutip guli dan/atau pom-pom dan masukkan ke dalam botol atau bekas telur. Perbanyakkan aktiviti memegang yang memberi peluang kanak-kanak memggunakan 3 jari( ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah).

2. Aktiviti meramas(squeezing) -ramas dan uli playdoh, ramas pasir, ramas perca kain, ramas mainan picit(squeeze toys)

3. Aktiviti meronyok(scrunching) - pelbagai jenis kertas( not newspaper please)

4. Aktiviti mengoyak - beri kanak-kanak jaluran kertas(paper stripes) selebar 2cm. Galakkan mereka mengoyak kertas tadi menjadi cebisan kecil.

Pastikan kanak-kanak melakukan semua aktiviti di bawah pengawasan orang dewasa ya.

Apa yang best aktiviti-aktiviti di atas bukan saja merangsang kemahiran jari jemari kanak-kanak tetapi juga koordinasi mata dan tangan mereka . This skill is every important in reading and writing.

Selamat mencuba!

Friday, January 11, 2013

Tip Untuk Bantu Anak Yang Baru Pandai Membaca

Saya dapat banyak feedback daripada ibu bapa dan guru-guru yang happy sangat anak-anak 5,6 tahun mereka dah pandai membaca menggunakan Bacalah Anakku dan/atau Readeasy. Syabas! But don't stop helping them. If they are 'emergent readers', masih belum begitu lancar, then they still need help from you.

1. Mulakan Paired Reading- Ibubapa/guru/rakan sekelas bergilir baca buku cerita atau pelbagai bahan bacaan lain. Kekadang saya dan anak bergilir membaca 5 ayat seorang. Kekadang kami bergilir membaca seperenggan seorang. Now that my youngest is 10, we take turn to read a page each. Oh yes please read aloud. So boleh kita check pronunciation anak-anak. This activity is for reading BM and also English.

2. Buat ejaan lisan & bertulis. Saya suka main Spell Tap dengan anak saya. Untuk first timers tunjuk dulu pada anak macam mana nak Spell Tap(Sila lihat gambar di bawah). Bagitahu anak "Tengok mama eja 'bakul'. /Beh-aa-keh-uu-ll/ , bakul."

Galak anak mengeja menggunakan bunyi sekiranya dia belum mantap convert bunyi kepada nama huruf. Kalau anak dah kenal nama huruf dengan baik, galakkan dia Spell Tap menggunakan nama huruf abc(ei,bi,si).

Jangan lupa untuk tap jari sambil mengeja.

Minta anak Spell Tap 5 perkataan. Kemudian galakkan dia menulis perkataan-perkataan tadi.

Cuba try ye dengan anak-anak. Nanti saya share idea-idea lain.