Monday, November 28, 2011
Kenapa Saya Tak Guna Kaedah Fonik Bacalah Anakku(Bhgn 4)
Thursday, November 24, 2011
Kenapa Saya Tak Guna Kaedah Fonik Bacalah Anakku(Bhgn 3)
Wednesday, November 23, 2011
Kenapa Saya Tak Guna Kaedah Fonik Bacalah Anakku(Bhgn 2)
Pelajar Tidak Mengenal ABC
Banyak orang masih keliru & celaru mengenai abc. Anak yang diajar dengan Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku tidak tahu NAMA huruf hanya pada peringkat awal. Mereka masih diajar bentuk & rupa huruf yang dikaitkan dengan bunyi di dalam bahasa pertuturan(i.e. BM)
Adalah lebih baik anak tidak diajar nama-nama huruf abc(ei, bi,si) pada peringkat awal membaca. Kajian oleh para saintis Yale University USA membuktikan otak membaca dengan memecah perkataan kepada bunyi(speech sounds) bukan abc(ei,bi, si). For that reason saya selalu mencadangkan kepada guru & ibubapa yang menggunakan Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku untuk mengajar nama huruf abc(ei,bi,si) setelah anak sudah pandai membaca(independent reader). Apabila anak sudah pandai membaca & mengeja menggunakan bunyi huruf, memperkenal nama huruf abc tidak akan mengganggu anak tersebut menguasai kemahiran membaca.
Sebagai kesimpulan, dengan Kaedah Fonik anak masih belajar abc. Hanya di peringkat awal mereka diajar bunyi terlebih dahulu kemudian mereka diajar nama huruf.
Bagi kami, pengamal Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku , kalau tak tahu a, b, c(nama huruf) lagi BEST. Lagi mudah nak ajar anak membaca. Lagi cepat dan lancar anak belajar membaca. So kalau nak anak awal membaca we have to set priorities. Apa yang paling penting untuk anak kecil menguasai kemahiran membaca. Nama huruf abc(ei, bi,si) atau bunyi huruf abc(aa, beh, ceh)?
Menurut Professor McGuiness(Pengarang buku 'Why Our Children Can't Read), "The first road block to reading is when you teach your child a b c.". Di dalam buku The Alphabet Effect pula, pengarang buku mengatakan "It is meaningless to teach a small child a b c."
Saya rasa dah tiba masanya kita simpan Kaedah Mengeja di Muzium Negara. No offence to the teachers yang menggunakan Kaedah Mengeja ye... Terima kasih cikgu, saya dulu pun pandai membaca menggunakan Kaedah Mengeja. But now it's end of 2011, let's move forward.
Yang timbul masalah adalah bila anak yang baru pandai membaca(samada di rumah atau tadika menggunakan Bacalah Annkku) masuk ke Tahun 1 dan dipaksa untuk mengeja-ngeja (b(bi) u(yu), bu k(kei) u(yu)m ku, bu…ku), anak itu akan keliru. Kepada guru-guru sekolah rendah, terbaik sekiranya anda memahami Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku untuk membantu anak-anak ini menjadi expert readers, spellers & writers.
KENAPA SAYA TAK GUNA KAEDAH FONIK GABUNGBUNYI BACALAH ANAKKU(Bhgn 1)
- Saya kurang faham pasal fonik/fonetik.
- Kaedah ini hanya sesuai untuk budak pandai .
- Tak boleh guna untuk mengajar 1 kelas.Hanya sesuai untuk ajar individu.
- Nanti pelajar tak tahu abc.
- Pelajar tak pandai mengeja bila guna fonik.
- Pelajar tak pandai menulis bila guna fonik.
- Perlu bantuan ibubapa untuk pelajar berjaya.
- Penilaian sekolah/Kementerian Pelajaran tak serasi dengan fonik.
Betulla kalau tak tahu, tak jelas, tak berapa faham, macamana nak guna Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku? Untuk atasi masalah ini mudah saja:
1. Ikuti kursus Intensif Bacalah Anakku.
Lawat www.Readnetwork.com untuk jadual kursus terkini atau hubungi kami untuk mengadakan kursus di sekolah/institusi anda.
Kami akan ajar cara sebut bunyi & teknik mengajar yang multisensonsory. Peserta kursus juga berpeluang melakukan aktiviti practical teaching untuk dapat the real FEEL !
2. Baca Buku Panduan & tengok VCD Panduan Mengajar yang diberikan percuma bersama set Bacalah Anakku. So boleh jimat duit tak payah attend kursus.
3. Baca post di Blog www.cepatmembaca.blogspot.com
4. Berbincang dengan pengguna-pengguna Bacalah Anakku. Setelah 13 tahun di pasaran, saya yakin tak susah nak cari orang untuk cerita pasal Bacalah Anakku.
Hanya Sesuai Untuk Pelajar Pandai.
Alasan ini tak valid sebab pelajar perlu tahu 30 bunyi & 30 huruf/simbol sahaja sekira mengguna Bacalah Anakku. Tidak perlu hafal abjad(26 huruf) & beratus pola sukukata(lebih daripada 500 pola) sebagaimana dalam Kaedah Mengeja / Tradisional / Sukukata / Gabungbunyi kata.
Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku mengajar anak mengenal bunyi & simbol a b c d e e f g h i j k l m n o p q r s t u v w y z ng ny sy kh sambil dilatih untuk menggabung bunyi menjadi sukukata, seterusnya perkataan.
Saya rasa semua pandai simple mathematics,
30 Vs 500+
yang mana lebih mudah?Yang mana lebih membebankan memori?
Jelas Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku adalah kaedah mengajar membaca yang paling mudah berbanding dengan kaedah lain. Lebih-lebih lagi untuk pelajar-pelajar lemah.
Jom buka minda dan beri pelung untuk anak/pelajar anda membaca awal dengan Bacalah Anakku!