Showing posts with label reading fluency. Show all posts
Showing posts with label reading fluency. Show all posts

Thursday, September 12, 2013

Apa Itu Lancar Membaca?

Bagi guru/ibubapa yang berpengalaman mengajar kanak-kanak membaca menggunakan Kaedah Mengeja/Hafal sukukata dan juga Kaedah Fonik, kita akan dapati kanak-kanak fonik lebih senang lancar membaca.
Kenapa? Kerana mereka diajar membaca dengan menggabung bunyi-bunyi menjadi perkataan. 
/m/.../a/.../s/.../i/.../n/
Perkataan terbentuk dengan sekali gus sahaja. Mereka juga mudah membaca perkataan-perkataan panjang

Berbanding kanak-kanak mengeja/suku kata yang membaca  dengan menghafal beratus(sebenarnya lebih 2 ribu) pola suku kata dan diajar membatang(memecahkan perkataan kepada suku kata).
m(em)...a(ei), ma,           s(es)...i(ai)...n(en), sin,      ma sin

Jadi, nak anak cepat lancar membaca semua perkataan, bukan yang mudah-mudah sahaja(kvkv), gunakan Kaedah Fonik. Tidak timbul masalah anak membaca tersangkut-sangkut, kena reverse lagi untuk membaca satu perkataan. Selalu jugak anak lupa suku kata awal ketika membatang, terutama untuk perkataan yang panjang, menyebabkan mereka menyebut/membaca perkataan yang salah. Cukup rumit terutama untuk kanak-kanak 4,5 tahun.

Definisi lancar membaca:
Membaca dengan kadar yang cepat(fast), tidak tersangkut-sangkut(smooth), bersahaja(effortless), samada dengan kuat(out loud) atau dalam hati(silent), disertakan dengan memberi fokus kepada memahami apa yang dibaca.

In other words, FLUENT READING = FAST, SMOOTH, EFFORTLESS reading + UNDERSTANDING

This will  be the final goal anak-anak kita bila kita ajar anak membaca.

Bantu anak lancar membaca dengan:
1. Menggunakan Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku untuk BM dan Readeasy Phonics(Beginner, Intermediate, Advance Levels) untuk Bahasa Inggeris

2. Mengadakan Baca Time kat rumah. Read aloud and/or quiet reading sessions would be great. In order for children to read fluently they must have frequent contact with print. Pastikan Baca Time di rumah stress free. Be creative. Put some MAGIC into reading activities with your child.

3. Adakan masa khas setiap hari anda dan/atau ahli keluarga lain membaca lancar di depan anak.

Adalah amat penting anak kita belajar membaca dan seterusnya membaca dalam suasana yang menggembirakan. Never force your child to read. Why? Because we want them to associate reading as a pleasurable activity. 

Bermula daripada peringkat bayi, bila anda, ibu atau bapa pertama kali  membacakan anak buku sambil  memeluknya dengan penuh kasih sayang,  dopamine(hormon gembira) dikeluarkan.  Lagi seronok lagi banyak dopamine dikeluarkan. Lagi banyak dopamine dikeluarkan lagi mudah  neuron-neuron dalam otak berkomunikasi. 

HAPPY reading sessions + KAEDAH MEMBACA STRESS FREE ( ehem Foniks Bacalah Anakku & Readeasy ye) = meningkatkan DOPAMINE  = MUDAH, LANCAR + FAHAM bacaan. 

Let's make smart choices for our kids. 



Thursday, August 29, 2013

Tips Bantu Anak Membaca Lancar

Tip untuk kanak-kanak  membaca dengan intonasi yang baik dan lancar:
Modelkan pembacaan daripada awal; bermula daripada tahap membaca perkataan sehingga tahap membaca ayat.

TAHAP PERKATAAN / WORD LEVEL 
Guru/ibu bapa sebut perkataan, sebagai contoh 'kata'(bukan 'kate' ok) dan pelajar/ anak ulang sebut. 
Begitu juga untuk perkataan B.Inggeris. Guru/ibu bapa sebut 'dad'(Make sure bunyi /d/ di hujung perkataan meletup sikit) dan pelajar/ anak ulang sebut.

Saya lihat banyak kanak-kanak kecil, 5 dan 6 tahun boleh membaca B.Inggeris dengan baik dengan Readeasy Phonics, tetapi masih banyak ibu bapa dan guru yang terlupa tekankan correct pronunciation. So take note ok.

TAHAP FRASA / AYAT 
PHRASE / SENTENCE LEVEL
Pada tahap ini kanak- kanak akan sibuk fokus menggabung bunyi untuk membaca. So banyak kanak-kanak sounds choppy dan disconnected apabila membaca out loud pada peringkat awal. 

Saya cadang guru/ibubapa teruskan teknik model-ulang sebut untuk frasa dan ayat. However don't do it for every phrase and sentence. Peruntukkan masa tertentu. Kita tak nak ganggu flow kanak-kanak membaca. Kalau nampak anak membaca tersangkut-sangkut teruk sangat, cadang padanya untuk stop dulu. Tell them you know reading is hard work.  Get her/him to drink a glass of water... refuel. Then stand up and groove with your kids! Moving will help your kids focus better.

Kemudian boleh sambung semula. Minta anak pilih bahagian yang paling best dia suka baca       
( beberapa perenggan). Ibu bapa/guru mula dulu dengan membaca kuat, modelling kepada anak macamana membaca dengan lancar.

Kemudian ajaknya membaca ayat-ayat yang sama sekali lagi bersama-sama anda, samada dengan:
1. Pembacaan Korus (Chorus Reading)
Guru / ibubapa dan pelajar/anak membaca frasa atau ayat serentak kuat-kuat.

2. Pembacaan Bergema (Echo Reading)
 Guru / ibubapa baca sebahagian ayat, diikuti terus oleh pelajar/anak, macam bunyi echo.

Untuk aktiviti ini anda juga boleh menggunakan Set Poster Membaca Bacalah Anakku dan Readeasy Reading Poster Set




Sebagai 'guru' yang mengajar kanak-kanak membaca kita mesti faham mereka akan lebih lancar membaca dengan :
1. Mendengar orang lain membaca lancar.
2. Berlatih membaca lancar.

Make this activity fun by letting your child read in front of an audience(could be you sorang pun tak pe). Di tadika boleh dibuat di depan kelas. Lagi best recordkan bacaan anak/pelajar anda. Tentu sekali kanak-kanak akan rasa seronok dapat tengok video clip mereka membaca!