Showing posts with label Mengeja. Show all posts
Showing posts with label Mengeja. Show all posts

Tuesday, March 31, 2015

Mudah SPELLING & DICTATION



STEP 1: Ulang-sebut perkataan / frasa / ayat pendek.

Objektif - Merangsang kemahiran mendengar. Memudahkan mengeja ( spelling ) dan imlak ( dictation ).
Ibu / guru menyebut perkataan / frasa / ayat pendek di dalam  bahasa Melayu atau Inggeris.
Anak mengulang sebut.

STEP 2: Mengeja lisan ( Oral spelling)
Ibu / guru sebut perkataan. Anak menyebut setiap bunyi huruf.
Contoh BI
Ibu / Guru: Hen
Anak: Hen,  / h- e - n /

Contoh BM
Ibu/guru: Siku
Anak: Siku, / s- i - k - u /

STEP 1 dan 2 boleh dilakukan secara santai. Di dalam kereta atau di dapur. Semasa sedang bermain-main di dalam atau di luar rumah.
Keep cool ya parents!

STEP 3: Menulis perkataan / frasa / ayat pendek dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ( Imlak / Dictation ).

1. Ibu / Guru memberitahu anak, perkataan / frasa / ayat pendek akan dibaca sekali sahaja. 

2. Ibu / Guru menyebut perkataan / frasa / ayat pendek sekali . 

3. Anak mengulang sebut secara lisan perkataan / frasa / ayat pendek yang disebut guru.

4. Anak menulis perkataan / frasa / ayat pendek tersebut. 

5. Ibu / Guru tidak dibenarkan membantu pelajar. 

6. Beri anak masa untuk menyemak penulisannya. 

7. Ibu / Guru menyemak penulisan anak. 

Selamat mencuba!

Thursday, April 3, 2014

Ibarat Memaksa Murid Yang Sudah Pantas Berlari Untuk Merangkak!

Definisi EJAAN menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:
1. Ejaan ialah kaedah atau cara menulis PERKATAAN DENGAN HURUF. 
2. Mengeja ialah perbuatan MEMBUNYIKAN ( menulis ) huruf-huruf secara berturut-turut dalam sesuatu perkataan. 

2 CARA UNTUK MENGEJA
1. Secara LISAN - menyebut huruf di dalam perkataan secara berturut-turut.

2. Dengan MENULIS - menulis huruf-huruf di dalam perkataan dengan betul. 

CARA MENGEJA, samada secara lisan atau tulisan, bergantung kepada Kaedah Membaca yang digunakan. 

Kaedah Mengeja / Abjad
1. Cara mengeja lisan
a. Murid menyebut nama huruf berturut-turut membentuk perkataan. 
Sebagai contoh,
B (bi), a (ei), j (jei), u (yu), baju

b. Murid menyebut nama huruf mengikut suku kata 
(membatang), menyebut suku kata, kemudian menyebut perkataan. 
Sebagai contoh,
B (bi), a (ei), ba
j (jei), u (yu), ju
baju

2. Dengan cara menulis:
Murid menulis simbol-simbol huruf untuk perkataan yang disebut guru. 
Sebagai contoh guru menyebut " Tulis baju."
Murid Kaedah Mengeja akan menulis 'baju'. 

KAEDAH FONIK
1. Cara mengeja lisan
a. Murid menyebut bunyi  huruf berturut-turut membentuk perkataan (tahap mahir).
Sebagai contoh,
B (beh), a (aa), j (jeh), u (uu), baju ATAU

b. Murid menyebut bunyi huruf mengikut suku kata 
(membatang), menyebut suku kata, kemudian menyebut perkataan ( tahap awal).
Sebagai contoh,
B (beh), a (aa), ba
j (jeh), u (uu), ju
baju

2. Dengan cara menulis:
Murid menulis simbol-simbol huruf untuk perkataan yang disebut guru. 
Sebagai contoh guru menyebut " Tulis baju."
Murid Kaedah Fonik akan menulis 'baju'. 

KESIMPULAN: PERKARA yang membezakan murid Kaedah Mengeja dengan murid Kaedah Fonik HANYALAH dalam aspek MENGEJA LISAN
- murid Kaedah Mengeja menyebut NAMA HURUF apabila mengeja perkataan / suku kata. 
- murid Kaedah Fonik pula menyebut BUNYI. 

Apabila mereka disuruh menulis perkataan, kedua mereka menulis PERKATAAN YANG SAMA. 

Saya berpendapat SEMUA guru literasi WAJIB memahami aspek MENGEJA dalam pengajaran bahasa untuk mengelakkan tragedi saringan LINUS. 

Saya berpendapat, adalah satu KESILAPAN BESAR, sekiranya guru MEWAJIBKAN mengeja dengan hanya membatang dan menyebut NAMA-NAMA HURUF. 

Guru Literasi WAJIB memberi ruang kepada murid fonik yang jauh lebih hebat mengeja dengan TEPAT samada secara lisan maupun dengan menulis.

Kalau murid fonik yang sudah bagus membaca dan menulis DIPAKSA guru membatang dan mengeja perkataan, saya ibaratkan seperti memaksa murid yang sudah pantas berlari untuk merangkak di dalam lumpur!!! 


Guru sepatutnya berkata, "Bagus, lari terus ke garisan penamat. Kamu HEBAT!"

Friday, October 11, 2013

Suka-Suka Fonik #6 / Fun Phonics #6

Let's Go Shopping
Hujung minggu ini tentu ada ibu bapa yang akan bawa anak shopping keperluan rumah. Untuk anak-anak yang baru pandai membaca, jadikan menulis senarai shopping sebagai aktiviti yang menarik.
Sekiranya ibu bapa tak bercadang untuk membawa anak-anak bersama, kita masih boleh main-main nak pergi shopping dengan anak-anak. 


Shopping list daripada Spoonful.com. Anda boleh download di  http://spoonful.com/printables/printable-shopping-list

Bahan: kertas atau pad nota, pen pelbagai warna
Langkah aktiviti:
1.  Bawa anak ke ruang dapur. Semak stok barangan dapur bersama anak anda. Anak-anak cukup gembira bila mak bagi peluang menyelongkar dapur!

2. Galakkan anak anda menulis senarai barang yang perlu dibeli. Bantu anak mengeja perkataan dengan betul. Aktiviti ini sangat sesuai untuk  anak-anak yang sedang belajar 'convert' bunyi kepada nama huruf. Beri peluang anak mengeja sebelum / sambil menulis. Bantu anak mengeja secara santai. Adalah normal untuk anak-anak fonik  mengeja menyebut bunyi dan juga nama huruf bercampur-campur pada peringkat transisi ini.

Sekiranya anak anda masih belum dilatih untuk convert bunyi, biarkan dia mengeja dengan menyebut bunyi sahaja.

3. Galakkan anak anda membaca kuat senarai barangan yang telah ditulis. 
Jangan lupa puji, peluk cium anak kerana usahanya yang gigih menulis tadi. 

4. Sementara tunggu untuk keluar shopping, anak anda boleh melekatkan senarai tadi di pintu peti ais.

Jangan lupa bawa senarai shopping nanti! Happy shopping everybody!

Friday, January 11, 2013

Tip Untuk Bantu Anak Yang Baru Pandai Membaca

Saya dapat banyak feedback daripada ibu bapa dan guru-guru yang happy sangat anak-anak 5,6 tahun mereka dah pandai membaca menggunakan Bacalah Anakku dan/atau Readeasy. Syabas! But don't stop helping them. If they are 'emergent readers', masih belum begitu lancar, then they still need help from you.

1. Mulakan Paired Reading- Ibubapa/guru/rakan sekelas bergilir baca buku cerita atau pelbagai bahan bacaan lain. Kekadang saya dan anak bergilir membaca 5 ayat seorang. Kekadang kami bergilir membaca seperenggan seorang. Now that my youngest is 10, we take turn to read a page each. Oh yes please read aloud. So boleh kita check pronunciation anak-anak. This activity is for reading BM and also English.

2. Buat ejaan lisan & bertulis. Saya suka main Spell Tap dengan anak saya. Untuk first timers tunjuk dulu pada anak macam mana nak Spell Tap(Sila lihat gambar di bawah). Bagitahu anak "Tengok mama eja 'bakul'. /Beh-aa-keh-uu-ll/ , bakul."

Galak anak mengeja menggunakan bunyi sekiranya dia belum mantap convert bunyi kepada nama huruf. Kalau anak dah kenal nama huruf dengan baik, galakkan dia Spell Tap menggunakan nama huruf abc(ei,bi,si).

Jangan lupa untuk tap jari sambil mengeja.

Minta anak Spell Tap 5 perkataan. Kemudian galakkan dia menulis perkataan-perkataan tadi.

Cuba try ye dengan anak-anak. Nanti saya share idea-idea lain.