Showing posts with label Ajar Membaca. Show all posts
Showing posts with label Ajar Membaca. Show all posts

Saturday, January 10, 2015

The Most Natural Way To Teach Reading


Kaedah Fonik Gabung Bunyi ( synthetic phonics ) adalah cara yang paling FITRAH (natural) untuk mengajar membaca - samada untuk kanak-kanak mau pun orang dewasa.

KENAPA?
Kerana Kaedah Fonik Gabung Bunyi mengajar hubungi kait di antara bunyi dan simbol.
    Pelajar diajar bunyi paling kecil di dalam bahasa pertuturan (fonem) boleh diwakili oleh huruf atau huruf-huruf (simbol).

Jom kita lihat perkembangan bahasa bayi.
Umur:
1 bulan - WAA nangis! Nangis lapar, nangis ngantuk, nangis tak selesa.
           
    Baby tengah buat work out peti suara. Nanti macam-macam bunyi lagi akan keluar.

2 hingga 5 bulan - uuu, aaa, iiii bunyi-bunyi awal yang paling mudah dikeluarkan oleh baby ( bunyi vokal ).
Sebab itulah dalam Bacalah Anakku, kanak-kanak diajar membaca perkataan yang ada bunyi /a/, /i/, /u/ dahulu. Ini yang dikatakan FITRAH.


Bayi berumur 2 himgga 3 bulan juga mengeluarkan bunyi k, g, l, h ( bunyi konsonan ) seperti bunyi bbb, ddd, ppp dan mmm.  Inilah peringkat 'cooing', 'babbling' dan 'gurgling'.

6 hingga 12 bulan - baby mula meluahkan bunyi suku kata, mamama, papapa, dadada, gugu, gaga.

Sebab itulah di dalam Bacalah Anakku, bunyi-bunyi  /n, b, m, k / adalah di antara bunyi awal yang diperkenalkan. Seterusnya kanak-kanak dilatih menggabung bunyi suku kata terbuka dahulu.
Ini yang dikatakan FITRAH.

Menjangkau umur 12 bulan, bayi mula menyebut perkataan mudah seperti mama, papa dan baba. 
Di akhir 18 bulan, mereka boleh menyebut lebih kurang10 perkataan dan mereka memahami  perkataan tersebut.

Di akhir 24 bulan, mereka boleh menyebut frasa seperti 'nak bola'.
Sebab itulah anak seawal 3 tahun mampu diajar membaca menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi BACALAH ANAKKU.


Buatlah pilihan yang BIJAK.
Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku boleh dibeli di www.readnetwork.sto.my 



                   



Sunday, January 4, 2015

IMPROVISED ... Alat Bantu Cawan Polisterin

Cara MUDAH untuk kanak-kanak menggabung bunyi dengan PANTAS.

Edisi pertama:

Sesuai untuk kanak-kanak 6 tahun ke atas kerana saiz huruf yang kecil.

Edisi kedua:

          
Sesuai untuk kanak-kanak lebih muda, 4 dan 5 tahun.

PASTIKAN anak-anak diajar menggabung bunyi.
Bagi ibu bapa dan guru yang belum jelas mengenai membaca dengan menggabung bunyi, saya kongsikan video panduan di sini http://youtu.be/jnaLai_AwMs

Tuesday, April 8, 2014

Suka-suka Fonik # 10 / Fun Phonics # 10

Kad Sampul Surat
Bahan yang diperlukan:
1. Sampul surat panjang yang dipotong pada satu hujung.
2. Kad manila.
3. Pen marker hitam. Marker merah dan biru sekiranya menggunakan perkataan bahasa Melayu yang mengandungi e pepet (merah) dan e taling (biru). 
4. Buku Bacalah Anakku dan / atau Readeasy Phonics.

Langkah:
1. Pilih beberapa perkataan berdasarkan susunan buku Bacalah Anakku atau Readeasy
2. Tulis perkataan di atas kad manila.

CONTOH 1: Bacalah Anakku Buku 4

CONTOH 2: Bacalah Anakku Buku 6

CONTOH 3: Readeasy Beginner Book 7

CONTOH 4: Readeasy Beginner Book 8


2. Masukkan kad ke dalam sampul.

3. Latih anak membaca dengan menggabung bunyi sambil menarik kad sedikit demi sedikit.

Contoh perkataan bahasa Inggeris, Book 8 Readeasy Beginner.




Setelah anak-anak dibiasakan dengan aktiviti ini, mereka dapat melakukan 'independent-learning'. Ibu bapa atau guru hanya perlu menyediakan kad-kad perkataan yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang telah dipelajari. Hiasilah sudut bahasa anda di sekolah atau rumah dengan kad-kad sampul ini.

Perhatian: Jangan terikat kepada perkataan yang digunakan dalam buku Bacalah Anakku dan Readeasy sahaja.

Selamat mencuba!

Thursday, March 20, 2014

Tip Mudah Untuk Mula Mengajar Anak Membaca

Mengajar anak kecil membaca memerlukan kesungguhan, kesabaran dan ketekunan yang berterusan. Apa yang anda perlu untuk mengajar anak kecil membaca?

1. ILMU bagaimana cara terbaik untuk mengajar anak kecil membaca.
Dapatkan tips di www.cepatmembaca.blogspot.com
dan / atau ikuti kursus ajar anak membaca ( info di Facabook Kursus Bacalah Anakku dan Readeasy; http://www.readnetwork.com/readnbaru/v1_kursus.html )

2. Kesungguhan, kesabaran dan ketekunan yang berterusan.
Betulkan niat kita.  Sebagai ibu bapa, kita memupuk dan mengajar anak kecil membaca awal kerana kita SEDAR akan hak anak kita untuk diajar membaca. Kita SEDAR kita adalah orang pertama yang diperTANGGUNGJAWABkan untuk mengajar anak tulis baca.

'Literasi bukanlah satu anugerah, tetapi ia adalah kah milik setiap anak.'

3. Dapatkan BUKU dan bahan sampingan untuk mengajar membaca.
Dapatkan produk awal membaca PILIHAN NO. 1 Malaysia di sini www.readnetwork.com

4. Buat jadual bacaan untuk anak. 
Sesi 2, 3 minit, 2 atau 3 kali sehari adalah lebih baik daripada sesi sejam seminggu sekali. 
Ajar anak kecil membaca setiap hari kerana kemahiran membaca adalah kemahiran yang kompleks.

5. Laksanakan dengan bacaan Bismillah!

Jangan lupa jadikan sesi bacaan anak anda menyeronokkan!

Tetapi anda ibu bapa yang sibuk? 
BERSAMBUNG


Sunday, December 8, 2013

Mengajar Gabung Bunyi

Langkah paling penting setelah mengajar 1 bunyi adalah mengajar GABUNG BUNYI.
Objektif mengajar gabung bunyi adalah supaya kanak-kanak faham bahawa:
1.  Perkataan yang dituturkan terbina daripada bunyi-bunyi kecil ( words are made up of sounds ).
2. Apa yang ditulis adalah lambang pertuturan.

Sebagai contoh perkataan ' tangan' terbina daripada bunyi-bunyi / t - a - ng - a - n /.
Terdapat 5 bunyi bila kita menyebut 'tangan'
Seterusnya kita menghubung kaitkan simbol kepada setiap bunyi. 
Bunyi /t/  diwakili oleh simbol 't', bunyi /a/ oleh simbol, 'a', bunyi /ng/' diwakili oleh simbol 'ng' dan bunyi  /n/ diwakili oleh simbol 'n'. 

 Di dalam Bacalah Anakku, untuk memudahkan pembelajaran, kanak-kanak diajar menggabung bunyi sukukata terbuka dahulu kerana susuk bahasa Melayu terbina daripada sukukata- sukukata.  

MENGAJAR GABUNG BUNYI  Buku 1 - 5 Bacalah Anakku:
AKTIVITI 1
Gabungan secara lisan ( Oral Blending )
Contoh Buku 1 
Objektif : Pelajar dapat menyebut gabungan 2 bunyi secara lisan ( aktiviti kesedaran fonemik )
Kandungan: bunyi /a i u n b /
BBM : Tiada ( suara sahaja )

Langkah:
1. Guru menunjuk cara. Guru menyebut /n/ ....... /a/ , n/ ..... /a/ , n/ ... /a/ , jadi /na/. 
( Mula-mula sebut perlahan dan kemudian semakin cepat. )
Ulang 2x.

2. Guru meminta pelajar menyebut bersama guru ( peniruan secara lisan / verbal imitation ). 
Ulang 2x

3. Guru menyebut /n/ ... /a/ , /n/ ... /a/ , n/ ... /a/ , jadi? (Pelajar menjawab /na/. )
Guru boleh membantu dengan menunjukkan mimik mulut sahaja. 
Ulang 2x

4. Praktikkan pengajaran & pembelajaran ( p & p ) whole- brain, KELAS AJAR - AJAR OK ( teknik terbaru ).

5. Ulangi Langkah 1 - 3 untuk / n ... i /, / n ... u /, / b/ ... /a/ , / b / ... /i/ , / b / ... / u /.

Untuk lebih menyeronokkan ulang pengajaran di atas dalam bentuk pertandingan, beri markah / bintang. Beri ganjaran kepada kumpulan yang menang.

PERHATIAN: Setelah pelajar menguasai konsep GB secara lisan, guru tidak perlu mengulangi setiap langkah 2x.

AKTIVITI 2 
Gabungan kad 
Contoh Buku 1
Objektif: Pelajar dapat menggabung 2 bunyi kad huruf.
Kandungan: gabungan bunyi na ni nu ba bi bu
BBM : kad huruf n, b, a, i, u

Langkah:
1. GURU menyebut bunyi sambil menggerakkan kad huruf konsonan ( kanan ) dan kad huruf vokal ( kiri ) bagi membina gabungan 2 bunyi huruf.
     /n/ ... /a/ , /n/ ... /a/ ,  / na /
2. Guru mengulangi langkah sambil PELAJAR menyebut bunyi BERSAMA  GURU.
3. Guru mengulangi langkah sambil PELAJAR SAHAJA menyebut bunyi. Guru hanya menggerakkan kad.


4. Ulangi langkah 1 - 3 untuk gabungan ni dan nu.
5. Ulangi pengajaran GB na ni nu dalam bentuk permainan (Sila rujuk buku Permainan Kreatif ).
6. Beri pelajar aktiviti penulisan yang berkaitan (Sila rujuk buku Fonetik Ekspres 1 & 2 ).
7. Semak pelajar menggunakan Buku 1 Bacalah Anakku milik pelajar. Rekod pencapaian pelajar.

PERHATIAN: Adalah sangat penting pelajar memahami konsep GB menggunakan kad. Ulangi Langkah 5 supaya pelajar menguasai konsep ini. Kemahiran menggabung bunyi hanya dapat dicapai melalui pengulangan yang bermakna dan menyeronokkan.

Pengalaman mengajar kanak- kanak membaca dengan kaedah fonik gabung bunyi melebihi 20 tahun menyebabkan saya 100% yakin bahawa kanak-kanak yang telah menguasai konsep gabung bunyi akan menjadi pembaca dan penulis yang hebat ( expert readers and writers.) Mereka juga dapat mengeja dengan mudah ( good spellers ).

BERSAMBUNG - Aktiviti 3 LIHAT & BUAT, DENGAR & BUAT.



Sunday, November 17, 2013

Kursus Asas Bacalah Anakku Readeasy, Shah Alam, 16 November 2013

Lebih kurang 100 peserta hadir untuk kursus asas saya di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 16 November. Kebanyakkan peserta adalah guru tadika, pengasuh taska dan juga ibu bapa (kaum bapa 2 orang... Hehe yang terhebat di Shah Alam).


Ini dia booklet kursus ada yang baru... Cantik warna biru.


Pendaftaran peserta-peserta




Kali ni ada peserta cilik. Sikit pun tak kacau orang. Kekadang terdengar suaranya menyebut bunyi yang diajar penceramah.


Seronoknya para peserta!



Walau pun kursus asas hanya 3 jam (semalam terlebih setengah jam ),  kami sempat berkongsi cara menyebut bunyi dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (Beginner level),  buat latihan aksi asosiasi, menyanyi lagu fonik Abu Ada Ayam dan panduan langkah asas mengajar bunyi dan membaca (gabung bunyi). 

Di antara soalan-soalan daripada para peserta:
1. Adakah anak akan keliru kalau di tadika ajar membaca kaedah mengeja tetapi di rumah kaedah fonik?
Jawapannya di sini http://cepatmembaca.blogspot.com/search/label/keliru%20fonik

2. Apa nak buat kalau anak tak nak belajar membaca.
- pelbagaikan teknik mengajar; gunakan teknik pelbagai deria/sensori.
- amalkan teknik belajar sambil bermain.
- sesi bacaan mestilah pendek.
- beri ganjaran dan hadiah untuk setiap pencapaian.
Dapatkan tips daripada buku Permainan Kreatif.
3. Macamana kalau anak pelat atau gagap?
Jawapannya di sini
http://cepatmembaca.blogspot.com/2013/04/ggggagap-gagaga-gagap.html
http://cepatmembaca.blogspot.com/2011/01/pelat-lagi-taya-tuka-tutu.html
http://cepatmembaca.blogspot.com/search/label/masalah%20pertuturan

4. Kes: Anak lelaki yang sudah pandai membaca bahasa Inggeris menggunakan fonik tetapi tidak mahu belajar membaca bahasa Melayu menggunakan Bacalah Anakku.

Cadangan saya:
1. Gunakan buku Bacalah Anakku sebagai rujukan.
2. Gunakan kad huruf di dalam set Bacalah Anakku untuk ajar anak membaca perkataan yang terbina daripada bunyi-bunyi yang sama dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Bunyi-bunyi konsonan yang sama adalah: / b d f g h j k L m n p r s t v w  y z /
Bunyi-bunyi vokal yang hampir sama adalah: /  a e i /; bunyi /a/ sebagaimana sebutan di dalam British English adalah hampir sama dengan bunyi /a/ BM. Bunyi  /e/ seperti di dalam perkataan 'ekor'.

Contoh perkataan BM yang boleh dibina daripada bunyi-bunyi di atas adalah - 
Perkataan yang terbina daripada suku kata terbuka: mana, ani, ana, sani, basi, nasi, kaki,  sama, sami, lari, rama.
(Sila rujuk buku Bacalah Anakku, buku 1-5)

Perkataan yang terbina daripada suku kata terbuka dan tertutup: Sila rujuk buku 6.

3. Gunakan kad huruf untuk membina perkataan yang terbina daripada gabungan konsonan dan vokal u, o dan e pepet ( seperti di dalam perkataan emak). 

4. Sekiranya anak masih tidak mahu membaca menggunakan kad, anda boleh juga mengajarnya membaca menggunakan tulisan. Ikut langkah di atas dengan menggalakkan anak menulis perkataan BM sepertimana di dalam langkah 2 dan 3 di atas.

5. Berapa banyak nak ajar anak membaca dalam setiap sesi di rumah?
Jawapannya: Oleh sebab setiap sesi adalah sangat pendek, tidak banyak yang akan anda mengajar. Yang penting apa yang anda mengajar menyeronokkan supaya ia menjadi bermakna kepada anak. Sekiranya anak dapat mengingat bunyi baru, maka anda boleh mengajar bunyi baru atau gabungan suku kata sebagaimana isi kandungan buku Bacalah Anakku.

Mengajar di rumah adalah lebih mudah dan stress free kerana anda mengajar 1 -to -1. Ajarlah berpada-pada mengikut kemampuan anak. 

Sebelum kursus berakhir, kami membuat 6 cabutan bertuah. Yang bertuah dapat hadiah buku ni.

Kami juga memberi sijil kepada semua peserta kursus.
Sekiranya tuan puan berminat untuk kursus lanjutan sila ke http://www.readnetwork.com/readnbaru/v1_kursus.html untuk mendaftar ke kursus-kursus kami.

Photo session selepas kursus.
  

Monday, April 8, 2013

Say It Right - Readeasy Phonics Book 2

Alhamdulillah dapat buat video untuk Readeasy Phonics Book 2. Bagi sesiapa yang baru jumpa blog dan/atau video ini, saya nak bagitau saya guna British Received Pronunciation sebab semua institusi pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia menggunakan British English samada untuk spelling maupun sebutan.  Ha aa bunyi 'a' nya lain sikit. Boleh tengok video saya 'Short Vowel Sound /a/' kalau nak practise. Tapi kalau lidah tetap juga keras, don't worry. As long as bunyi 'a' yang kita keluarkan tu tak lari jauh sangat.


New sounds in Book 2: /n/, /m/, /p/
New Words: on, mat. man, pat, mop, pot
New Look & Say words: a, the

Wednesday, April 3, 2013

Modelling Good Pronunciation

Saya seronok tengok ibubapa ambil inisiatif mengajar anak sendiri membaca. Bagi ibubapa yang nak anak membaca awal, memang merekalah orang yang terbaik untuk mengajar di rumah. Ibubapa dapat mengajar secara santai, with no pressures at all. 

Banyak juga ibubapa upload video mereka mengajar anak membaca di youtube. Syabas & tahniah! Dan terima kasih bagi mereka yang menggunakan product saya, Readeasy Phonics & Bacalah Anakku. 

I'm always excited when I see 4,5, 6 year olds reading in English(especially yg guna Readeasyla...). Cuma kekadang rase macam pronunciation mereka bole dibaiki. How ye? Hehe baiki pronunciation cikgu yang mengajarnya dulu. If parents yang mengajar, maka parents pun kena guna good pronunciation. 

So the least I can do to express my thanks to those who are using my products is to come out with this video SAY IT RIGHT - Readeasy Phonics Book 1.



Saya harap video ini sikit sebanyak akan membantu sesiapa yang mengajar anak kecil membaca dalam B.Inggeris. Tip penting: apabila sedang mengajar membaca adalah penting untuk ibubapa dan guru mengulang sebut perkataan, frasa atau ayat yang dibaca oleh anak. That way they can hear the correct pronunciation and intonation used when reading. InsyaAllah I'll be coming up with more videos. 

Friday, November 12, 2010

'BRAIN GYM'

Sepanjang 13 tahun buat training utk guru & ibubapa banyak juga yang cerita pasal budak-budak hyper. Actually bukan semua yang hyper, cuma terlebih tenaga. Cikgu pula syndrom kurang upaya. Penat tau jadi cikgu tadika! Ibubapa pula balik kerja tak terdaya, nak ajar anak cepat membaca. Anak yang jadi mangsa.

Teringat satu kes di Kerteh, seorang anak lelaki yang tersangat
aktif di tadika. Cikgu angkat tangan surrender tak tau apa nak buat. Of coursela, pada masa tu, anak ini masih tak boleh membaca sebab tiada fokus. Kebetulan di tadika tu ada seorang pegawai lelaki yang incharge tadika. Pegawai ni telah berjaya tolong anak lebih tenaga tadi. Dia cerita setiap pagi dia akan berlari 2x keliling padang(padang bola tau) dengan anak lelaki tadi. So bila masuk kelas, anak tadi dapat tumpu lebih perhatian.

Pendekatan yang sama dibuat oleh seorang guru pendidikan khas di Putrajaya. Anak-anak hyper diajar membaca dalam bilik kosong, supaya tiada distracti
ons. Sesi bacaan diselang dengan aktiviti melompat atas trampolin.

So penting untuk kita ingat, lifestyle 'kurung' anak di rumah, tengok TV, ma
in psp menyebabkan anak-anak tak berpeluang untuk cergas fizikal. Begitu juga rutin tadika yang 'mengurung' pelajar. Kita kena bagi peluang untuk anak-anak kita bersenam. Jadikan senamrobik sebagai sebahagian daripada program tadika.

Saya juga mencadangkan guru & ibubapa melakukan BRAIN GYM dengan anak-anak yang mencabar(bukan bermasalah ye..), terutama sebelum kelas membaca.

BRAIN GYM
Merupakan senaman mudah (simple movements) untuk merangsang fungsi otak (stimulate brain function) yang diasas oleh Dr Paul Dennison. Dalam tahun 1960an Dr Dennison merupakan seorang guru sekolah kerajaan & seorang 'reading specialist' yang banyak berurusan dengan kanak-kanak dan juga orang dewasa yang kurang upaya. Menurut beliau 'BRAIN GYM' dapat membantu kanak-kanak juga orang dewasa meningkatkan fokus, daya ingatan, keseimbangan dan mengurangkan stress. BRAIN GYM bukan saja membantu meningkatkan prestasi akademik tetapi juga sukan.

Saya telah memuatkan pautan BRAIN GYM di blog ini untuk bacaan
lanjutan.Senaman di bawah, yang dikenali sebagai PACE, di asas oleh Dr Paul Dennison & isterinya Gail.

1. MINUM SEGELAS AIR
Menurut Dr Carla Hannaford(seorang Neurophysiologist & penulis buku 'Smart Moves'), minum air amat penting 'to grease the wheel', terutama dalam suasana stress - seperti sebelum exam. Bila kita stress, kita akan berpeluh & kekurangan air. Ini akan mengurangkan konsentrasi kita.Di setiap Learning Centre di tadika saya, kami letak sebotol air untuk pe
lajar minum sebelum kelas bermula (Ha ah.. ramai pulakla yang nk ke toilet!)

2. Merangsang 'BRAIN BUTTONS'
Senaman ini membantu melancar pengaliran darah ke otak yang akan 'switc
h on' fungsi seluruh otak. Pengaliran darah ke otak yang lancar akan meningkatkan konstrentasi yang merupakan faktor penting dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan pelbagai lagi.

  • letakkan ibu jari & jari telunjuk(tangan kanan) yang dijarakkan, di lekuk(slight indentation) di bawah tulang selangka(spt dalam gambar). Tekan & rangsang bahagian lekukan tadi (adoi susahnya nak terjemah.. sorry ye kalau tak tepat.)
  • pada masa yang sama letak tangan kiri di atas pusat(belly button). Tekan kedua-dua bahagian(di bawah tulang selangka & bahagian pusat) selama 2 minit.

3. Pergerakan 'CROSS CRAWLS'
Pergerakan bersilang ini akan membantu mengkoordinasi bahagia
n otak kanan & kiri. Ini akan membantu pelajar dalam menguasai kemahiran mendengar, membaca, mengeja, menulis & kefahaman.

  • letak tangan kanan ke atas lutut kiri yang diangkatkan. Buat pergerakan yang sama dengan tangan kiri dan lutut kanan (seperti pergerakan 'marching').
  • Buat pergerakan ini selama 2 minit sambil duduk atau berdiri.

4. Pergerakan 'HOOK UPS'
Pergerakan ini dapat membantu menenangkan perasaan gemuruh & meningkatkan konsentrasi biasanya sebelum exam, temuduga atau public speaking.

  • Duduk atau berdiri.
  • Silangkan kaki kanan ke kaki kiri di pergelangan kaki.
  • Silangkan tangan kanan ke tangan kiri di pergelangan tangan , masukkan ke dalam. Letakkan tangan yang bersilang tadi di tengah dada.
  • Bernafas dengan baik selama beberapa minit(sehingga hilang gemuruh) dengan tangan & kaki dalam posisi di atas.

SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, November 3, 2010

Tahu Semua Bunyi Tapi Tak Pandai Baca

Membaca menggunakan Kaedah Bacalah Anakku adalah dengan menggabung bunyi atau 'blending' dalam Bahasa Inggeris. Dalam Buku 1, kanak-kanak mempelajari 3 bunyi vokal /a i u/ dan 2 konsosnan /n b/.

Pada peringkat permulaan(Buku 1-5), kanak-kanak akan diajar menggabung bunyi konsonan dengan vokal /a i u/, membentuk suku kata terbuka. Menggabung bunyi adalah kemahiran paling utama untuk dikuasai kanak-kanak untuk sukses membaca. Sekadar kenal bunyi sahaja tidak mencukupi. Saya dapati ada beberapa perkara yang menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran gabung bunyi:

1. Umur terlalu muda. Kanak-kanak di bawah 3 tahun sukar memahami konsep gabung bunyi. Sebab itulah saya cadangkan supaya kanak-kanak di bawah 3 tahun diajar menyebut & mengenal bunyi(melalui lagu), dibacakan buku cerita(BM & BI) dan bercakaplah banyak-banyak dengan mereka.

2. Pengajaran- Pembelajaran yang tidak sesuai.
Cara kanak-kanak belajar boleh dibahagikan 3:
a. melalui visual(penglihatan)
b. melalaui auditori(pendengaran)
3. melalui kinestetik(pergerakan)

Sebagai contoh, sekiranya ibu bapa/guru banyak menggunakan buku atau kad imbas sahaja(pengajaran visual), anak yang cenderung pembelajaran kinestetik, akan lambat atau gagal. Adalah penting bagi kita mengajar menggunakan pelbagai pendekatan(visual, auditori, kinestetik) untuk memastikan majoriti pelajar-pelajar kita akan berjaya.

Tambahan pula membaca adalah satu kemahiran kompleks. Untuk seseorang menguasai apa-apa kemahiran kompleks, dia perlu melalui 'proses sensori', iaitu proses langkah-demi-langkah secara praktikal, berulang kali sehingga menjadi mahir.

Apa yang boleh lakukan untuk membantu kanak-kanak yang tahu bunyi tapi belum dapat menguasai kemahiran gabung bunyi.

1. Keep on tunjuk gabung bunyi menggunakan kad dengan menggunakan konsep 'kawan'. Ulang semua gabung bunyi suku kata terbuka dalam Buku 1-5, jangan stop kat Buku 1. Supaya lebih menyeronokkan, ajarlah konsep ini melalui permainan. Anda boleh merujuk buku Permainan Kreatif Bacalah Anakku untuk mendapat idea permainan.

2. Memberi peluang kanak-kanak melakukan konsep gabung bunyi secara 'hands-on'. Lihat & Buat dan Dengar & Buat(Permainan Kreatif) adalah dua aktiviti yang cukup powerful. Saya sering mencadangkan aktiviti ini untuk ibu bapa lakukan di rumah bersama anak yang susah menguasai kemahiran gabung bunyi. Dengan sokongan ibu bapa di rumah, saya lihat perkembangan hebat pada kanak-kanak dalam 2-3 minggu.

3. Latih kanak-kanak gabung bunyi dengan lancar(smoothly). Untuk membaca dengan baik, kanak-kanak perlu menggabung bunyi dengan lancar. Anda sebagai guru perlu 'modelkan' cara gabung bunyi dengan betul. Anda perlu menyebut /n/(nn), /a/(aa) dengan 'laju'. Jangan pause di antara sebutan bunyi-bunyi.

Sekiranya anda menyebut gabungan bunyi secara 'slow', 5km/j, /n/........ berhenti 2 minit, baru sebut /a/, kemungkinan besar majoriti kanak-kanak tidak dapat tangkap gabungan bunyi. Mereka mungkin lupa bunyi yang awal dan seterusnya gagal menggabung bunyi.

Ibu bapa/guru mesti latih kanak-kanak dari awal untuk menggabung bunyi dengan laju. Kalau tidak it gets more difficult, terutama bila dah masuk Buku 6 & 7 (gabung 3 bunyi) dan Buku 8(gabung diagraf, ng, sy..).

Tips mengajar gabung bunyi di atas boleh juga digunakan untuk mengajar B.Inggeris menggunakan Readeasy Phonics.

Sunday, October 31, 2010

Di Antara Bacalah Anakku & Readeasy











Banyak juga orang bertanya saya kenapa anak yang tamat Bacalah Anakku boleh membaca akhbar dan buku-buku cerita B.Melayu dengan baik dan lancar, tetapi tak dapat membaca buku cerita B.Inggeris dengan baik selepas tamat Readeasy Phonics Beginner Level.

1. Sistem Bunyi Bahasa Melayu agak simple. Semua bunyi diwakili oleh satu simbol kecuali huruf 'e' yang ada dua bunyi. Satu bunyi / -->É™ / seperti dalam perkataan 'emak' dan satu lagi bunyi /e/ seperti dalam perkataan 'ekor'. Di dalam Bahasa Melayu ada 31 bunyi kecil(fonem) sahaja. Dalam
Bacalah Anakku, anak-anak telah di ajar 28 bunyi kecuali bunyi /gh/ dan /q/.

2. Sistem Bunyi Bahasa Inggeris sangat kompleks. Ada 44 bunyi kecil dalam Bahasa Inggeris dan terdapat banyak simbol/ejaan alternatif(spelling alternatives) serta pertindihan kod(code overlaps). Sebagai contoh bunyi /k/ dalam B.Inggeris bole diwakili oleh simbol-simbol 'c', 'k', 'ck', 'ch', 'que'. Huruf 'a' pula ada 6 bunyi yang berbeza. Kesemua 'a' dalam perkataan-perkataan ini 'cat', 'last', 'walk', 'table', 'again' dan 'any', mewakili bunyi 'a' yang berbeza.

3. Tambahan pula 80% daripada perkataan Bahasa Inggeris mengandungi bunyi diftong
/ ɪə/, /eɪ/, /ɔɪ/, /aɪ/, /əʊ/, /eə/, /ʊə/ dan /aʊ/. Setiap diftong ini pula diwakili oleh pelbagai simbol. Bunyi dan pelbagai ejaan diftong ini tidak diajar dalam Readeasy Beginner dan Intermediate tetapi di dalam Advanced Level.
Di dalam Bahasa Melayu hanya terdapat tiga diftong dan beberapa vokal bergandingan dan setiap satu daripadanya diwakili oleh satu simbol ejaan.

Saya cadangkan anak-anak 6 tahun diajar B.Inggeris menggunakan Readeasy Phonics sehingga Intermediate Level atau selewat-lewatnya pada umur 7 tahun. Kemudian ajar mereka Readeasy Advanced Level(akan terbit) yang akan melatih mereka membaca perkataan-perkataan berdiftong,multisyllables dan juga ejaan alernatif bagi beberapa bunyi konsonan yang telah dipelajari.

Impian saya melihat anak-anak prasekolah di Malaysia dapat membaca, mengeja dan menulis BM dengan lancar. Dan apabila menjangkau 8 tahun mereka juga dapat membaca, mengeja dan menulis B.Inggeris dengan baik.
-->