Showing posts with label aktiviti awal literasi. Show all posts
Showing posts with label aktiviti awal literasi. Show all posts

Friday, April 4, 2014

Jangan Biarkan Anak Anda Gagal Membaca

Kanak-kanak prasekolah yang LEMAH PERBENDAHARAAN KATA dan LEMAH KESEDARAN FONEMIK ( kepekaan terhadap bunyi-bunyi kecil bahasa pertuturan ) adalah kanak-kanak yang berisiko tinggi untuk gagal dalam menguasai kemahiran menulis dan membaca. 
Bagaimana anak anda?



Jom sediakan anak-anak dengan memberi mereka peluang untuk berbual dan bermain dengan anda, ahli keluarga dan rakan sebaya. 
Beri juga mereka peluang untuk melakukan aktiviti kesedaran fonemik :
1. Main menamakan objek di persekiran rumah dan mengaitkan dengan bunyi awal perkataan. 
Contoh:
Ibu bapa/guru: Itu apa?
Anak: cawan
Ibu bapa/guru: Cawan. Bila kita sebut 'cawan' ada bunyi /c/ di depan. 
/c/, cawan.  
Galakkan anak mengulangi /c/ cawan. 
Setelah anak dibiasakan dengan permainan sebegini, tanya,
Ibu bapa/guru: Bunyi apa Kak Long dengar bila mama sebut 'cawan'?

 2. Membiasakan kanak-kanak dengar gabungan 2 bunyi.
Ibu bapa/guru: /m/, /a/, ma. 
* Kemudian tanya /m/ kawan /a/ jadi apa?
Sekiranya anak tidak dapat menjawab, beritahu jawapan dengan senyuman manis. 
Teruskan aktiviti membiasakan anak mendengar gabungan bunyi. 
Aktiviti sebegini diamalkan di Taska Avicenna Pn Eka BIntanawati Muchtar, Rawang, Selangor, seawal anak berumur 6 bulan.  Menurut beliau aktiviti ini membantu anak-anak tadika cepat mengenal bunyi - simbol ( 1 tahun +) dan cukup bersedia untuk belajar membaca secara formal pada umur (3 tahun).
Yang sangat mengujakan, anak-anak taska beliau  yang biasa dilatih sebegini dapat menyebut /ma/, apabila pengasuh menyebut /mm - aa/, dan seumpamanya.

Lakukanlah aktiviti ini dengan tenang dan bersahaja, sambil anak sedang bermain. Tidak perlu mewujudkan sesi khas.


- gabungan 3 bunyi ( lebih sesuai untuk anak 2 tahun + ), comtoh, /m/, /a/, /s/, mas. 
Ulang langkah *  di atas. 

- gabungan 4 bunyi ( sesuai untuk anak 3 tahun + yang sedang belajar membaca ), contoh /m/, /a/, /s/, /a/,  masa. 
Ulang langkah * di atas. 

Aktviti kesedaran fonemik adalah aktiviti LISAN ( NO books or letter / word cards needed ).