Showing posts with label Rangsangan bayi. Show all posts
Showing posts with label Rangsangan bayi. Show all posts

Monday, October 13, 2014

Reading To Babies In The Tummy


1. Pilih buku yang sesuai. Saya suka pantun dan buku cerita yang ayatnya berima ( Rhyming ). 

2. Pilih tempat yang selesa. Samada di atas katil yang empuk atau pun di taman bertemankan burung berkicauan! ( Eh eh ayat berima! ) 
 
3. Bacakan buku dengan pelbagai intonasi dan nada suara.
Ada juga sesetengah ibu bapa merekodkan bacaan mereka dan memperdengarkan rakaman cerita kepada bayi di dalam kandungan. Pastikan volume tinggi sikit daripada pertuturan biasa.

4. Bacakan pantun dan/atau buku yang sama.

5. Usap baby dengan penuh kasih sayang sambil membacakan buku cerita kepadanya.

6. Enjoy your reading session with your beautiful baby.
Note: Dear Mummies, please make sure Daddies also read to your baby.

Dapatkan lebih banyak tips merangsang bayi di dalam buku ini:

Belian online di http://www.readnetwork.com/readnbaru/aakma.html


Monday, May 13, 2013

Windows of Opportunity (2)

Brain development is a combination of genetics and the environment.  We know we can't do anything much with genes, but environment combined with nutrition and stimulation will make a whole lot of a difference.

Tahun pertama bayi merupakan peringkat perkembangan otak yang paling pesat.  Bayi dilahirkan dengan 100 ribu sel otak (neuron). Sekiranya bayi dibelai, dipeluk, dicium, dibacakan buku, diajak berbual, diajak bermain, diperdengarkan ayat-ayat suci Al Quran dan juga lagu-lagu, disusui ibu, maka ketahuilah otak bayi anda sedang dirangsang. Percayalah sejauh mana rangsangan otak bayi anda akan menentukan samada anak anda cerdik atau lembam, cepat atau lambat membaca, berkeyakinan atau penakut, petah bercakap atau berat mulut,   mudah berkawan atau  suka bersendiri, mempercayai (trusting) orang lain atau suka mencuriga.

Dalam erti kata yang lain , rangsangan dan interaksi sosial kanak-kanak sepanjang 3 tahun pertama adalah tersangat penting. Apabila otak bayi dirangsang, jaringan synapses akan menghubungkan sel-sel otak. Lebih banyak rangsangan lebih banyak jaringan berlaku. Lebih banyak jaringan lebih banyak pembelajaran.


Sebaik bayi dilahirkan mereka telah dibekalkan dengan 'hardware'(otak) terhebat untuk belajar. SubhanaAllah, Allah Maha Pencipta! Maka dari sinilah jendela peluang(windows of opportunity) anak kita mula terbuka.  Jendela peluang ialah masa terbaik (critical period) kanak-kanak mempelajari kemahiran-kemahiran tertentu. Ada di antara jendela ini yang akan tertutup pada masa yang berlainan dan ada juga yang akan terbuka sehingga kanak-kanak dewasa.

Dalam kita merangsang anak kita, adalah terbaik kalau kita tahu bila jendela-jendela in terbuka.

JENDELA BAHASA terbuka sebaik sahaja bayi dilahirkan sehingga berumur 7 tahun(Dr Patricia Kuhl). Period paling sensitif adalah diantara bayi berumur 6-10 bulan. So make sure you( atau pengasuh) talk(interaksi social) as much as you can to your babies.

Bagi ibu bapa yang nak anak pandai dua atau pelbagai bahasa, pastikan anak didedahkan kepada bahasa kedua(atau ketiga) sebelum berumur 7 tahun.  Untuk mendapatkan hasil yang paling berkesan, perkenalkanlah bahasa baharu ketika bayi berumur 6 - 10 bulan.

Walau bagaimanapun kajian Dr Patricia Kuhl mengguna mesin canggih MEG, telah membuktikan bayi pada umur ini TIDAK mempelajari bahasa melalui tv atau audio. Mereka mempelajari bahasa melalui interaksi sosial( dengan human beings).
I was thinking kalau nak anak pandai Bahasa Arab atau Quran bolehla hire tutor bila baby berumur  6- 10 bulan! Paling berkesan!

Di taska-taska pula, wujudkan sesi bermain(interaksi sosial) dengan bayi- bayi 6 - 12 bulan menggunakan bahasa selain daripada bahasa ibunda.

Sebagai contoh pengasuh memperkenalkan farm animals dalam bahasa Inggeris( Use plastic farm animals). Pengasuh boleh juga memperkenalkan huruf-huruf Al Quran menggunakan kad imbas Al Furqan kepada bayi (Rujuk AJAR ANAK KECIL MEMBACA AWAL, Ransangan semasa bayi berumur 6 -12 bulan, ms 20-21).

Duhai ibu bapa jangan terlepas peluang ini!