Showing posts with label Readeasy. Show all posts
Showing posts with label Readeasy. Show all posts

Friday, December 27, 2013

Kursus Asas Bacalah Anakku Readeasy Di Kuching, Sarawak (2)

SAMBUNGAN
 
 

 
 

Soalan- soalan:
5. Di dalam Kaedah Fonik kanak-kanak tidak diajar nama huruf abc (ei, bi,si). Macamana kalau mereka sudah tahu abc ( ei, bi, si).
Jawapan kamek: 
 Tak menjadi masalah besar kalau pelajar tahu sebut dan nyanyi sahaja. Yang menimbulkan masalah kalau sudah diajar membaca perkataan dengan membatang suku kata dan mengeja-ngeja. Mengambil masa sikit untuk tukar frekuensi.
Guru Fonik dicadang:
A. Senyum dan memberitahu pelajar "Cikgu nak kamu sebut BUNYI. " Puji habis-habis sekiranya pelajar menyebut bunyi.  Buat tak tahu kalau pelajar menyebut nama huruf.

B. Kalau pelajar tegar membatang dan mengeja-ngeja, beri dia peluang utk membatang dan mengeja dengan menyebut BUNYI bukan nama huruf pada PERINGKAT AWAL.
   Sebagai contoh, /m/, /a/, /ma/, /n/, /a/, /na/, /mana/.
Apabila sudah kenal dan selesa mengeja bunyi, beritahu pelajar " tak payah eja-eja lagi, terus gabung saja bunyi-bunyi.".
Untuk memudahkan pelajar beralih daripada mengeja kepada menggabung bunyi untuk membaca suku kata dan perkataan, perbanyakkan latihan gabung bunyi praktikal menggunakan kad, Lihat dan. Buat, Dengar dan Buat.

6. Budak fonik boleh membaca tetapi tidak boleh menulis.
Jawapan kamek: 
Sesiapa sahaja yang mengajar kanak-kanak membaca dengan kaedah fonik gabung bunyi atau apa kaedah sekali pun mesti faham apa itu menulis dan tulisan.
 Tulisan adalah perkataan yang diucapkan dalam bentuk cetak. Dengan kata lain menurut Profesor Dianne McGuiness ' Writing is spoken words'.  
Menurut Wikipedia pula menulis adalah sesuatu kegiatan untuk menciptakan suatu catatan atau informasi pada suatu media dengan menggunakan aksara (simbol) . Pada awal sejarahnya, menulis dilakukan menggunakan gambar (zaman Mesir Kuno).

Tulisan dengan aksara muncul sekitar 5000 tahun lalu. Orang- Orang Sumeria menciptakan tanda-tanda pada tanah liat. Tanda-tanda tersebut mewakili BUNYI di dalam bahasa pertuturan mereka.

Kembali kepada kenyataan bahawa budak fonik tidak boleh atau tahu menulis, kita mesti jelas bahawa menulis bukan HANYA dengan menyebut-nyebut nama huruf. 

Budak fonik menulis dengan mencatat simbol untuk mewakili bunyi di dalam bahasa pertuturan. Tentu sekali mereka tidak dapat menulis huruf 'b' (bi) sekiranya cikgu menyebut nama huruf. Tetapi mereka dengan mudah akan menulis huruf 'b' jika cikgu menyebut "Tulis /b/."
Sekiranya cikgu menyebut "Tulis 'bi'", mereka akan menulis suku kata 'bi'.

Budak fonik seperti budak-budak lain juga diajar bentuk dan rupa huruf-huruf, a b c .... z ( huruf Roman ) untuk membaca dan menulis di dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Yang perlu difahami kita yang mengajar adalah bagaimana kanak-kanak fonik menulis. Mereka menulis dengan memindahkan bunyi di dalam bahasa pertuturan ( speech sounds ) kepada simbol cetakan 
( print ). 

7. Berapa lama nak ajar anak disleksia?
Jawapan kamek:
Anak-anak disleksia atau berkeperluan Khas mengambil masa yang lebih lama untuk diajar membaca, lebih kurang 3 - 6 bulan. Mereka juga memerlukan sokongan yang berterusan terutama untuk menulis.
 
Di sini link membincangkan bagaimana kita boleh membantu anak disleksia membaca. 
http://cepatmembaca.blogspot.com/2013/12/harapan-untuk-anak-disleksia-1.html
http://cepatmembaca.blogspot.com/2013/12/harapan-untuk-anak-disleksia-2.htm. 

8. Bagaimana untuk memberitahu  ibu bapa untuk memberi sokongan anak membaca di rumah sedangkan ibu bapa sendiri tidak tahu membaca.
Jawapan kamek:
Bacalah Anakku dan Readeasy boleh digunakan untuk mengajar orang dewasa membaca. Saya cadang cikgu buka kelas membaca dewasa. It's not to late to learn to read.
Sudah banyak pelajar sekolah menengah, pembantu rumah asing dan warga asing belajar membaca bahasa Melayu menggunakan Bacalah Anakku.

Walau bagaimanapun, ibu bapa yang tidak tahu membaca masih boleh memberi sokongan di rumah dengan hanya duduk bersebelahan anak untuk mendengar si anak membaca sambil memberi kata-kata perangsang dan harapan, pelukan dan kasih sayang.

Thursday, December 26, 2013

Kursus Asas Bacalah Anakku Readeasy Di Kuching, Sarawak (1)

Setelah sekian lama tidak mengadakan kursus di Kuching, akhirnya pada 18 Disember, saya dan suami, berpeluang mengendalikan Kursus Asas Bacalah Anakku & Readeasy di sana hanya kerana kegigihan beberapa orang guru yang diketuai oleh Pn Sharifah Suharni bersusah payah menganjurkan kursus ini. Kami cukup terharu kerana kebanyakan peserta yang terdiri daripada guru pra dan pemulihan sekolah rendah kerajaan membayar yuran kursus dengan duit mereka sendiri.Bahkan ada juga yang datang dari Miri, Sri Aman dan Bintulu melalui pesawat. Dalam suasana semua harga barang naik, mereka ini tidak lokek mengeluarkan duit. Semua disebabkan semangat dan rasa tanggung jawab yang tinggi untuk membantu anak didik mereka. Semoga Allah memberkati hidup mereka. Lain-lain peserta terdiri daripada guru-guru tadika swasta dan 2 orang ibu murid pemulihan.

         
  
 

  
        

Peserta pada hari tersebut banyak bertanyakan soalan.
SOALAN-SOALAN MEREKA:
1. Senang ke nak ajar kanak-kanak 3 tahun bunyi?
Jawapan kamek:
Senang gilak. Ajar melalui lagu aksi Abu Ada Ayam dan/atau teknik asosiasi aksi.
Lagi pun bunyi- bunyi yang diajar /a, i, u, n, b, m / adalah di antara bunyi awal yang dikeluarkan bayi.

2. Nak ajar huruf besar atau huruf kecil dahulu?
Jawapan kamek:
Ajar huruf kecil dahulu kerana kebanyakan teks ditulis menggunakan huruf kecil. Huruf besar hanya digunakan untuk permulaan ayat dan nama khas. Terutama sekiranya anda mengajar anak kecil dan murid pemulihan yang cepat lupa. Sebab itulah semua teks di dalam Buku 1-5 Bacalah Anakku dan Books 1-6 Readeasy ditulis dengan huruf kecil. Huruf besar diperkenalkan di dalam buku 6-8 Bacalah Anakku dan 7-8 Readeasy.

3. Macamana nak kenal nama pelajar kalau belum pandai membaca?
Jawapan kamek:
Ajar mereka mengenal melalui kaedah pandang sebut ( look and Say) dahulu. Di tadika saya, guru2 menyediakan kad nama. Setiap hari pelajar akan mengambil kad nama untuk memudah mereka menyalin / menulis nama di lembaran aktiviti. Tulis nama mereka menggunakan huruf besar di awal nama sahaja, sebagai contoh Ainun Solehah.

4. Berapa lama nak ajar 1 bunyi?
Jawapan kamek:
Bergantung kepada umur atau tahap masalah keperluan spesifik dan masa BM atau BI yang diperuntukkan di sekolah. Guru perlu tentukan target pencapaian. Untuk guru pemulihan sekolah rendah tentu sekali target pencapaian adalah tamat buku 8 Bacalah Anakku. Daripada pengalaman guru-guru yang telah berjaya menggunakan Bacalah Anakku dan / atau Readeasy Beginner untuk pelajar pemulihan, pelajar dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis di antara 2 hingga 6 bulan. 
Sila rujuk Buku Rancangan Mengajar Bacalah Anakku.
Klik di sini untuk membeli.

Cadangan saya untuk guru-guru, pastikan pelajar pemulihan betul-betul faham konsep gabung bunyi. Luangkan lebih masa mengajar buku 1 dan 2 walaupun nampak mudah. Perbanyakkan aktiviti pelbagai deria untuk mengenal bunyi dan Lihat dan Buat, Dengar dan Buat untuk menggabung bunyi.

BERSAMBUNG

Sunday, November 24, 2013

Kursus Intensif Bacalah Anakku, Kuala Lumpur, 23 November

Kursus Bacalah Anakku kali ni ada kelainan kerana kehadiran Adik Mimi, 4 tahun, yang menemani ibunya Puan Siti, menimba ilmu. Puan Siti belum lagi bermula mengajar Adik Mimi membaca. Cukup teruja kami dan juga para peserta melihat Mimi memberi reaksi yang positif kepada aktiviti yang kami buat bersama peserta. Memang terbukti LIVE tips pengajaran yang kami kongsi sangat efektif.





Jom sertai kursus-kursus kami di seluruh Malaysia. Saya, Nik Eliani, Penulis Bacalah Anakku Readeasy dan suami saya, Othman Ahamad serta Team Konsultan Readnetwork akan me latih anda menjadi guru dan ibu bapa yang hebat mengajar anak membaca dan menulis. 


Jangan lepas peluang Disember ini!








Wednesday, March 13, 2013

Ajar Anak Pantas Sebut Bunyi

Salah satu kunci kejayaan anak membaca adalah kebolehannya menyebut bunyi dengan pantas apabila melihat simbol. This skill can be trained. All you need is a piece of A4 paper, a black bold marker, a red bold marker and a little bit of creativity. Oh and of course, the Readeasy Phonics series as reference.

Fold the A4 paper into grids. I use the black marker to write the consonant sounds and the red marker for the vowel sounds. Based on Readeasy Book 2, the letter sounds that I'm going to use are n, m, p and also a, o from Book 1. Write the letters in the grids at random.
Note: Avoid using blue markers because we use blue for Look & Say words in Readeasy.
Aktiviti ini juga sesuai untuk BM, Jawi dan Awal Quran.

This is what I got. Easy peasy. Objektif kita adalah untuk anak kita sebut bunyi dengan pantas. Bila anak kita cepat sebut bunyi, dia akan lebih cepat menggabung bunyi atau blending untuk membaca. But because they are small kids, we've got to make this boring activity FUN!

Game: Beat the Clock
1. Encourage you child to say all the sounds under 1 minute.
2. Reward your child if she is able to beat the time.

In class you can name the best student(s) as SOUNDS SUPERSTARS.
Sesuaikan permainan di atas mengikut tahap umur dan kebolehan anak anda. For instance, you can shorten the time given as your child gets better. If you have a class of students, you can pair them to play this game. If your child is young, write fewer letter sounds.



You could also take turns to play this game with your kid. Saya kadang-kadang buat-buat bodoh, so bila anak menang dia cukup seronok. Kita pun boleh sambung ngajar dia lagi.

My kindy teachers pulak would let kids bring this home to practise saying the sounds with their
parents.


This Sound Grid is cheap and easy to make. Yang bestnya ia mudah dilipat-lipat dan dibawa ke mana-mana. So no excuse tak sempat nak bantu anak belajar membaca kan?

Sunday, October 31, 2010

Di Antara Bacalah Anakku & Readeasy











Banyak juga orang bertanya saya kenapa anak yang tamat Bacalah Anakku boleh membaca akhbar dan buku-buku cerita B.Melayu dengan baik dan lancar, tetapi tak dapat membaca buku cerita B.Inggeris dengan baik selepas tamat Readeasy Phonics Beginner Level.

1. Sistem Bunyi Bahasa Melayu agak simple. Semua bunyi diwakili oleh satu simbol kecuali huruf 'e' yang ada dua bunyi. Satu bunyi / -->É™ / seperti dalam perkataan 'emak' dan satu lagi bunyi /e/ seperti dalam perkataan 'ekor'. Di dalam Bahasa Melayu ada 31 bunyi kecil(fonem) sahaja. Dalam
Bacalah Anakku, anak-anak telah di ajar 28 bunyi kecuali bunyi /gh/ dan /q/.

2. Sistem Bunyi Bahasa Inggeris sangat kompleks. Ada 44 bunyi kecil dalam Bahasa Inggeris dan terdapat banyak simbol/ejaan alternatif(spelling alternatives) serta pertindihan kod(code overlaps). Sebagai contoh bunyi /k/ dalam B.Inggeris bole diwakili oleh simbol-simbol 'c', 'k', 'ck', 'ch', 'que'. Huruf 'a' pula ada 6 bunyi yang berbeza. Kesemua 'a' dalam perkataan-perkataan ini 'cat', 'last', 'walk', 'table', 'again' dan 'any', mewakili bunyi 'a' yang berbeza.

3. Tambahan pula 80% daripada perkataan Bahasa Inggeris mengandungi bunyi diftong
/ ɪə/, /eɪ/, /ɔɪ/, /aɪ/, /əʊ/, /eə/, /ʊə/ dan /aʊ/. Setiap diftong ini pula diwakili oleh pelbagai simbol. Bunyi dan pelbagai ejaan diftong ini tidak diajar dalam Readeasy Beginner dan Intermediate tetapi di dalam Advanced Level.
Di dalam Bahasa Melayu hanya terdapat tiga diftong dan beberapa vokal bergandingan dan setiap satu daripadanya diwakili oleh satu simbol ejaan.

Saya cadangkan anak-anak 6 tahun diajar B.Inggeris menggunakan Readeasy Phonics sehingga Intermediate Level atau selewat-lewatnya pada umur 7 tahun. Kemudian ajar mereka Readeasy Advanced Level(akan terbit) yang akan melatih mereka membaca perkataan-perkataan berdiftong,multisyllables dan juga ejaan alernatif bagi beberapa bunyi konsonan yang telah dipelajari.

Impian saya melihat anak-anak prasekolah di Malaysia dapat membaca, mengeja dan menulis BM dengan lancar. Dan apabila menjangkau 8 tahun mereka juga dapat membaca, mengeja dan menulis B.Inggeris dengan baik.
-->