Showing posts with label Awal Tulis. Show all posts
Showing posts with label Awal Tulis. Show all posts

Friday, July 12, 2013

Ajar Anak Kecil Menulis Awal (2)

Menjangkau 13-16 bulan, anak kita akan lebih pro menconteng. Pada peringkat umur ini saya terus galakkan anak menconteng dengan menyediakan pelbagai alat tulis, krayon, pensel warna dan kapur tulis. Saya memberi peluang untuk anak saya menconteng setiap hari dalam suasana gembira. Kekadang saya pasang lagu kanak-kanak sambil dia menconteng. Saya dapat melihat anak saya spend more time scribbling.

Di antara 20-25 bulan, anak kita lagi seronok menconteng kerana boleh melakar garis melintang, menegak dan bulatan. Bercakaplah dengan anak anda mengenai contengannya(penyimpanan kosa kata, penting untuk membaca dan menulis). Masa inilah tercipta mural-mural di dinding tanpa dirancang!

Pada peringkat umur ini jangan sekali-kali memaksa anak memegang alat tulis dengan betul seperti kita orang dewasa. Jari jemari mereka masih  belum lagi kuat. Tetapi beri peluang anak melakukan aktiviti motor halus yang melibatkan penggunaan jari. Ajak anak anda mengoyak dan meronyok(scrunch) kertas. Gunakan majalah lama atau wrapping paper terbuang. Selepas mengoyak dan/atau meronyok, galakkan anak memasukkan kertas tadi ke dalam botol mineral plastik. Mulut botol yang sempit akan memberi peluang anak menggunakan ibu jari dan jari telunjuk(pincer hold). Ini akan membantu anak memegang pensel yang betul nanti(tripod pencil hold). Selain kertas, aktiviti memasukkan straw ke dalam botol mineral bukan saja merangsang motor halus tetapi juga koordinasi mata dengan tangan, yang sangat penting untuk membaca dan menulis.

Di taska saya,kanak-kanak 2-3 tahun akan belajar 1 bunyi huruf dan 1 nombor setiap minggu. Guru pengasuh akan memberi kanak-kanak ini peluang untuk mengecat dengan jari(finger painting, awal tulisan) nombor dan huruf setiap minggu. Kanak-kanak ini juga diberi peluang menulis huruf dan nombor di atas pasir berwarna(awal tulisan). Mereka juga diajar menyentuh kad huruf dan nombor berpasir(awal tulisan). Jangan lupa tunjukkan cara menyentuh huruf atau nombor yang betul, iaitu cara huruf atau nombor itu ditulis.


Thursday, December 1, 2011

Ajar Anak Kenal Namanya

Apa yang saya lakukan untuk mengajar anak saya mengenal namanya:
1. KAD NAMA
Tulis nama anak di atas kad dan tampal di beberapa tempat di biliknya/sekeliling rumah. Pastikan anda menggunakan huruf besar di permulaan namanya sahaja; sebagai contoh 'Sofia'. Saya menggunakan marker merah untuk menulis nama di atas kadbod putih. Beritahu anak anda, "Ini nama Sofia." Gerakkan jari dari kiri ke kanan pada kad nama sambil menggalakkan anak anda menyebut namanya. Do it as many times as you can everyday. Anda boleh melakukan aktiviti ini seawal anak berumur 18bulan.

2. BENDERA NAMA
Buat bendera nama untuk anak anda. Saya tulis nama anak di atas kertas segitiga dan lekatkan pada straw besar(yang kita guna untuk minum ABC). Setiap hari galakkan anak anda untuk memilih tempat untuk diletakkan bendera namanya. It could be in your beautiful crystal vase or just a plastic mineral bottle. Then give her a big hug!

Guru tadika pun boleh buat bendera nama untuk semua pelajar dalam kelasnya. Letakkan dalam pasu plastik dan jadikan rutin pagi anak tadika mengambil bendera namanya sambil berkata "Nama saya .... atau My name is....". Don't forget to praise each child. Aktiviti ini sesuai untuk anak 3 tahun ke atas.

3. MENEKAP NAMA
Saya akan laminate atau balut kad nama anak saya dengan clear plastic untuk dia melakukan aktiviti menekap. Berikan anak anda erasable marker pen & galakkan dia menekap namanya pada kad tadi. Galakkan anak anda membaca namanya. Aktiviti awal tulis ini sesuai untuk anak 3 tahun ke atas.

4. MENYALIN NAMA
Apabila anak saya menjangkau 5 tahun saya galakkan anak saya menyalin(copy) namanya. Saya akan tulis nama anak di atas kertas kosong. Seterusnya saya beri peluang anak saya menyalin namanya dengan krayon secara bebas(freehand, no lines whatsoever). Lekatkan hasil tulisan anak anda di dinding atas pintu peti ais.

5. MENULIS NAMA
Apabila menjangkau 6 tahun, beri peluang anak anda menulis namanya sendiri. Gunakan pelbagai alat tulis seperti krayon, berus, pensel & kapur untuk menjadikan aktiviti menulis lebih menarik. Anda juga boleh berikan anak anda kertas pelbagai warna untuk ditulis. Anak saya suka menulis di atas kertas hitam(sugar paper) menggunakan kapur yang dicelup dalam air. Menulis nama dengan jari yang dicelup dengan cat air juga cukup menarik. Lagi messy lagi best!

Sekiranya anda memberi peluang menulis nama dari awal, saya yakin anak anda dapat menulis nama sendiri sebelum melangkah ke Tahun 1. Yang mungkin problem sikit apabila ibubapa berikan nama yang terlalu panjang kepada anak.... sebagai contoh 'Tengku Puteri Aisyatun Muneerah'(nama rekaan semata-mata). So fikir-fikirlah bila nak menamakan anak.