Showing posts with label Permainan Bahasa. Show all posts
Showing posts with label Permainan Bahasa. Show all posts

Monday, April 20, 2015

Forever in love...

I'm forever in love with this toy. Mula-mula jumpa lebih 10 tahun dulu di Toys R Us. Mahal masa tu. Beli 2 aje untuk Little Aulad Playschool. 

Saya recommend sangat semua orang beli. Macam-macam kita boleh buat. 
Tengok 👇

 Mudah sangat saya mengutip toys cucu saya sambil bergolek-golek di atas katil. 


Believe me you can do endless things with this awesome pengepit.  Yup kutip sampah  boleh, kutip baju dan seluar kecik yang tertinggal di sana-sini pun boleh. Best sangat... Tak payah bongkok!

Yang paling best nak kongsi idea untuk mengajar anak membaca. 
 
Bahan yang diperlukan, seperti di dalam gambar. Saya kebetulan kehabisan masking tape besar, jadi saya guna apa-apa yang ada di SOHO saya aje.  

Kalau kita sedang mengajar bunyi kita tulis satu huruf sahaja dan tampalkan ke bola tenis. Kalau tiada bola tenis guna bola kertas pun bagus.  


Kalau anak kita sedang membaca perkataan, tulis perkataan. Dalam bahasa Melayu pun boleh, bahasa Inggeris pun ok. 

Aktiviti ini lagi menyeronokkan kalau kita main lumba-lumba. Kena beli 2 pengepitlah ye. 



Ok cuba try ya. 
Oops lupa pesan, jangan lupa mintak anak sebut bunyi atau membaca perkataan sambil sepit-menyepit.  
AMARAN: Tidak DIBENARKAN menyepit orang atau binatang.
 


Tuesday, October 22, 2013

Bantu Anak Di Rumah Mengeja dan Menulis (2)

2. Anak lelaki saya suka main dengan magnet.
Anak lelaki saya kalau dapat magnet boleh duduk diam lama. Jadi saya eksploit minatnya untuk membaca perkataan-perkataan. Saya menggunakan senarai perkataan di dalam Readeasy Book 3. Rujuk muka surat terakhir buku untuk dapatkan senarai perkataan. Saya menulis perkataan yang sama di bahagian depan dan belakang setiap kad.





















Galakkan anak anda menggunakan magnet untuk memilih kad perkataan untuk dibaca.

Ibu bapa / guru: What word did u get?

Anak: Sam.

Ibu bapa / guru: Great job! Let's spell 'sam' together.

Anak & Ibu bapa / guru: /s - a - m/, sam.

(Jangan lupa sebut bunyi sahaja.)

Ibu bapa / guru: Let's spell 'sam' again. This time let's clap as we spell.

Anak dan Ibu bapa / guru mengeja perkataan sambil menepuk tangan . Satu tepukan untuk satu bunyi.

Sekira anak sudah selesa mengeja, anda boleh menggalakkannya mengeja sendiri.

Ibu bapa / guru: Now why don't you spell 'sam' again on your own?

Anak: /s - a - m/, sam.

Ibu bapa / guru: Alhamdulillah! Clever boy!


Apabila kita mengajar anak kecil membaca, adalah sangat penting untuk kita memudahkan aktiviti pembelajaran. 

 Di dalam aktiviti di atas saya memudahkan dengan menggalakkan anak:
1. Membaca perkataan dahulu.
2. Kemudian mengeja perkataan bersama saya.
3. Akhir sekali saya menggalak anak mengeja perkataan dengan sendiri.

Selamat mencuba!




Friday, October 11, 2013

Suka-Suka Fonik #6 / Fun Phonics #6

Let's Go Shopping
Hujung minggu ini tentu ada ibu bapa yang akan bawa anak shopping keperluan rumah. Untuk anak-anak yang baru pandai membaca, jadikan menulis senarai shopping sebagai aktiviti yang menarik.
Sekiranya ibu bapa tak bercadang untuk membawa anak-anak bersama, kita masih boleh main-main nak pergi shopping dengan anak-anak. 


Shopping list daripada Spoonful.com. Anda boleh download di  http://spoonful.com/printables/printable-shopping-list

Bahan: kertas atau pad nota, pen pelbagai warna
Langkah aktiviti:
1.  Bawa anak ke ruang dapur. Semak stok barangan dapur bersama anak anda. Anak-anak cukup gembira bila mak bagi peluang menyelongkar dapur!

2. Galakkan anak anda menulis senarai barang yang perlu dibeli. Bantu anak mengeja perkataan dengan betul. Aktiviti ini sangat sesuai untuk  anak-anak yang sedang belajar 'convert' bunyi kepada nama huruf. Beri peluang anak mengeja sebelum / sambil menulis. Bantu anak mengeja secara santai. Adalah normal untuk anak-anak fonik  mengeja menyebut bunyi dan juga nama huruf bercampur-campur pada peringkat transisi ini.

Sekiranya anak anda masih belum dilatih untuk convert bunyi, biarkan dia mengeja dengan menyebut bunyi sahaja.

3. Galakkan anak anda membaca kuat senarai barangan yang telah ditulis. 
Jangan lupa puji, peluk cium anak kerana usahanya yang gigih menulis tadi. 

4. Sementara tunggu untuk keluar shopping, anak anda boleh melekatkan senarai tadi di pintu peti ais.

Jangan lupa bawa senarai shopping nanti! Happy shopping everybody!

Tuesday, October 1, 2013

Suka-Suka Fonik #5 / Fun Phonics #5

TIC TAC TOE WORD
Pemain: 2 
Bahan: 1 mini whiteboard, 3 'x', 3 'o' 
* Anda juga bole menggunakan kertas biasa untuk papan Tic TacToe.
Saya suka guna whiteboard sebab boleh padam-padam, tukar bunyi / suku kata / perkataan tanpa membazirkan kertas. Usaha kecil untuk menyelamatkan pokok.
Variasi 1: Saya memilih perkataan-perkataan di dalam Book 1 dan 2, Readeasy Beginner.

Cara Bermain: Seperti Tic Tac Toe biasa. Pemain 1 memilih kotak dan membaca perkataan di dalam kotak pilihan. Sekiranya betul, dia boleh meletakkan 'x' di dalam kotak tersebut.
Seterusnya Pemain 2 pula akan memilih kotak dan membaca perkataan. Sekiranya betul, dia boleh meletakkan 'o' di dalam kotak tersebut. Pemain yang paling dulu berjaya meletakkan 'x' atau 'o' menegak, melintang atau menyilang dikira pemenang pusingan tersebut.
Ulangi permainan.  






Variasi 2: TIC TAC TOE SOUND / BUNYI sahaja samada untuk anak-anak berlatih sebut bunyi dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. 


Variasi 3: TIC TAC TOE SUKU KATA  


Variasi 4: TIC TAC TOE PERKATAAN bahasa Melayu. 

SELAMAT BERMAIN!

Friday, August 30, 2013

Suka-suka Foniks #2 / Phonics Fun #2

Caterpillar Sound Board
It took me only 2 minutes to draw the caterpillar and what nots. 
You will need:
1.  A small whiteboard. I bought mine at Daiso for RM5(and it's magnetic too).

2. A dice. I made mine by pasting round stickers on the dice and drawing dots(1-3 only) on them. 

3. Different coloured pom-poms 
( according to the number of players).

4. Different coloured markers for drawing. 



Taa daa. Sekarang boleh main sebut bunyi dengan anak anda. Bunyi/simbol d, g, l dan r adalah bunyi-bunyi yang diajar dalam Buku 4 Bacalah Anakku. Suaikan permainan di atas dengan tahap bacaan anak anda. You can also use this game for English, math, jawi and Quran(Furqan).

Mula daripada caterpillar ye. End dekat butterfly. 
Yang paling best, kita boleh sapu dengan mudah once our child  is bored with the game. Kita juga boleh sapu huruf dengan mudah untuk menggantikannya dengan huruf-huruf lain. 
Have fun!

Sunday, November 20, 2011

Game Tingkatkan Memori : For kids & Adults

Saya suka sangat language games yg boleh tingkatkan daya ingatan anak2. This is one of our family favourites. You can play in bm or eng at home or while travelling in the car. All you need is your voice.

Bilangan Pemain: 2 atau lebih

Pemain 1(P1): Di *zoo saya dapat lihat seekor badak.
Pemain 2(P2): Di zoo saya dapat lihat seekor badak dan seekor monyet.
P1: Di zoo saya dapat lihat seekor badak, seekor monyet dan seekor singa.

Pemain bergilir menamakan binatang yang terdapat di zoo mengikut urutan. Sekiranya pemain lupa urutan atau mengulang jawapan yang telah diberi, pemain tersebut tersingkir.

Permainan ini boleh diubahsuai tahap kesusahannya. Anda juga boleh tukar zoo kepada tempat lain. Saya selalu main dengan teenage kids by putting a rule that they have to add adjectives.

Saya mulakan game dengan:
P1: Last week I went to Cameron Highlands. There I saw red roses.
P2:Last week I went to Cameron Highlands. There I saw red roses and fresh strawberries.
P3: Last week I went to Cameron Highlands. There I saw red roses, fresh strawberries and juicy sweetcorns.

Game ni jugak bagus untuk membina perbendaharaan kata. Bila dah habis main boleh galakkan anak-anak tulis perkataan dalam Buku Perkataan Saya/My Book of Words. By the way game ini sangat sesuai sebagai Brain Exercise untuk ibubapa 40 ke atas. Menurut Tony Buzan nyanyok tak ada kaitan dengan lanjut umur tetapi disebabkan semakin usia meningkat kita guna less of our brains! So parents challenge your kids in this game.