Showing posts with label awal literasi. Show all posts
Showing posts with label awal literasi. Show all posts

Friday, September 20, 2013

Apa Itu Awal Literasi?

Awal literasi di bawah usia 3 tahun:
1. Si Mulut Murai


Menjangkau umur 18 bulan anak kecil akan meluahkan bahasa. Sekiranya anak itu berkembang dalam suasana di mana orang dewasa di sekelilingnya banyak bercakap,  selalu berinteraksi, kerap bercerita maka anak itu akan lebih mudah menyatakan perasaan. Mereka petah bercakap menyatakan sesuatu dan mencerita apa saja. Inilah awal literasi.

2. Si Ulat Buku

Membacakan buku semenjak anak bayi lagi dan menjadikan membaca sebagai rutin anak akan melahirkan anak yang suka sangat kat buku. Anak akan belajar menghargai buku. Mereka akan belajar  buku memberi informasi. Mereka akan tahu buku mengandungi banyak cerita seronok. Mereka akan belajar dalam buku ada mcam-macam plot dan macam-macam karakter. Tak hairanlah anak-anak ini akan asyik dengan buku seawal umur 1 tahun dan mula 'pretend reading' seawal itu juga. Inilah awal literasi.

3. Si Pelakon Kecil


Menjangkau 2 tahun, anak-anak, terutama yang banyak didedahkan dengan penceritaan(read alouds dan story telling), suka main olok-olok. Olok-olok jadi mama papa, main dengan anak patung, main pondok-pondok. Oh ya main Super Hero bagi anak-anak lelaki. Menjangkau 3 tahun mereka akan bermain peranan yang lebih kompleks. Mungkin olok-olok jadi astronaut atau jadi cikgu ( hehe rumit hidup cikgu, mengajar lagi, siap buku persediaan mengajar lagi, semak kerja sekolah lagi!) Percayalah anak yang sedang bermain peranan ini sebenarnya sedang mengarang cerita sendiri. Wow a writer in the making! Inilah awal literasi.

4. Si Penyanyi Cilik


Melalui nyanyian dan pantun (rhymes) kanak-kanak mempelajari bunyi-bunyi dalam bahasa pertuturan mereka dalam suasana yang sangat menghiburkan.  Banyak juga di Malaysia, ibu bapa menggunakan dua bahasa, bahasa Melayu dan Inggeris, atau bahasa Cina dan Inggeris atau lain-lain bahasa ibunda dan Inggeris. Anak-anak kecil mempelajari bahasa(mungkin lebih daripada satu) dengan mudah melalui  nyanyian dan pantun. So let them sing. Inilah awal literasi.

5.  Piccaso Muda


Wow cantiknya contengan pertama anak kecil kita kan! Tak kiralah kalau atas dinding living room kita sekali pun! Anak-anak kecil cukup suka menconteng. Let them scribble and draw as much as they like and let them see you draw and write.  Berilah mereka krayon, berus cat, water colour dan pensel warna  untuk melukis. Galakkan mereka menconteng dan melukis di atas berbagai bahan - kertas putih, kertas hitam. Letakkan kertas di lantai, di meja dan di dinding. Let them experience drawing on different surfaces.  Inilah awal literasi.
(Rujukan: A Sofa Full of Talkers, Jennie Lindon)


Saturday, September 7, 2013

Making Phonics Meaningful

Mudah aje nak anak pandai membaca awal. Beri peluang anak mempelajari bunyi-bunyi di dalam bahasa pertuturan sejak bayi. Kita boleh dedahkan anak kita kepada lebih daripada satu bahasa. Yang penting, make the learning meaningful and fun.

 Kajian-kajian terkini:
1. Anak yang dilatih untuk peka kepada bunyi-bunyi di dalam bahasa pertuturan(bukan nama huruf abc,ei,bi,si, ok), sebelum melangkah ke sekolah, akan lebih berjaya menguasai kemahiran membaca (Kajian Shaywitz,2003).

2. Kenal dan pandai sebut abc..z(ei, bi, si... zed) akan mengelirukan anak untuk menguasai kemahiran kesedaran fonemik kerana nama huruf berbeza dengan bunyi huruf/speech sound ( Kajian Lindamood, 1995).
Sebagai contoh, nama  huruf ini 'a' ialah 'ei', tetapi bunyinya dalam bahasa melayu ialah /aa/.

3. 'Teaching your child abc(letter names) is the first roadblock to reading.' (Dianne McGuiness, 1997)

Kesimpulannya, latih anak peka bunyi(speech sounds), bahasa Melayu, English, Arabic, daripada dalam kandungan. Waktu kritikal untuk lakukan ini ialah ketika bayi berumur 0-12 bulan, especially between 6-9 months.
Nak anak pandai baca awal, simpan dulu ajar nama huruf abc..z. Lagu abc pun tak payah ajar. Ajar lagu fonik, Abu Ada Ayam, Cory Cat, Lagu Furqan

AKTIVITI AWAL FONIK 0 - 3 TAHUN
1. Perdengarkan pelbagai bunyi-bunyi benda di persekitaran. Bunyi binatang, bunyi kereta, bunyi vacuum, bunyi loceng,dan sebagainya.  

2. Nyanyi lagu fonik. Buat aksi dan imbas kad huruf untuk setiap bunyi.

3. Make learning sounds meaningful - 1 hingga 3 tahun, kait bunyi(speech sounds) dengan benda-benda di sekeliling. Kalau berada di taman, namakan benda-benda ditaman dan kaitkan dengan bunyi. Sebagai contoh:
             Ini bunga matahari. Bunga. B b b..... Bunga.  (Galakkan anak menyebut b b b bunga.)
             This is a swing. Swing. S s s.... Swing.  ( Encourage your child to say s s s swing)
             Hazihi zahratun. Zahratun. Z z z ... Zahratun.  (Galakkan anak menyebut z z z zahratun)

4. Bila anak dah makin pandai. Beri peluang anak melekatkan kad huruf pada objek-objek di sekelilingnya. 

Aktiviti-aktiviti yang bermakna di atas akan membantu anak kita peka kepada bunyi-bunyi kecil di dalam setiap bahasa  yang digunakan. You are helping your child build a neural pathway for later language learning.

Elakkan daripada memberi anak lembaran kerja fonik semata-mata. Meaningful sensory learning last a lifetime.