Tuesday, December 3, 2013

Cikgu, kenapa buah cempedak di luar pagar? Kenapa tak buah apple?

Hari ini saya berpeluang bersama Pn Norazlinda aka Cikgu Linda mengendalikan Bengkel Bercerita di Pusat Latihan Readnetwork, Setapak, Kuala Lumpur. Saya memberikan Cikgu Linda A*A*A* untuk perkongsiannya yang hebat!
Ini Cikgu Linda.



Saya terkesan dengan cerita beliau mengenai seorang anak 5 tahun yang bertanya "Cikgu kenapa buah cempedak di luar pagar bukan buah apple?" apabila mendengar pantun Cikgu Linda:

    Buah cempedak di luar pagar,
    Ambil galah tolong jolokkan, 
    Saya budak baru belajar,
    Kalau salah tolong tunjukkan.

 Ada pula anak-anak tadika yang apabila di tanya " Cerita apa yang kamu paling suka?", menjawab " Cinderella dan The Mermaid. 

Banyak perkara yang kita boleh simpulkan daripada jawapan anak-anak ini. Tetapi kali ini saya ingin membawa perhatian anda kepada realiti anak-anak kita sekarang sudah jauh dengan cerita rakyat Melayu. Pantun-pantun Melayu sudah menjadi asing kepada mereka.

Jom kita hidupkan cerita-cerita dan pantun-pantun ini melalui bercerita dengan teknik-teknik yang menarik. Cikgu Linda berkongsi bercerita menggunakan Teknik Kamishibai, Teknik Tampalan, Teknik Lipatan dan Guntingan dan Teknik Boneka Russia.



Sekiranya anda berminat untuk menyertai Bengkel Bercerita Cikgu Linda, sila hubungi Readnetwork 0341435440.




Sunday, December 1, 2013

Jadikan Menulis Mudah....

Apabila kanak-kanak diajar membaca dengan KAEDAH yang MUDAH ( Kaedah Fonik Gabung Bunyi ye) untuk mereka membaca, mengeja dan menulis, mereka akan dapat meluahkan idea ke atas kertas dengan lebih senang. Tak payah nak fikir nak tulis huruf macamana. Tak payah nak fikir nak eja perkataan macamana. Mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada penceritaan mereka. Mereka dapat menumpu perhatian sepenuh kepada pembelajaran mereka. Tak hairanlah kajian membuktikan anak yang PANDAI MENULIS di peringkat pra sekolah, cemerlang akademik di peringkat sekolah rendah.

Ibu bapa di rumah boleh membantu anak dengan: 
1. menyediakan 'SUDUT MENULIS' atau 'WRITING WALL' di rumah. Pastikan pelbagai alat tulis, kertas, stickers dan cop hiasan BERHAMPIRAN sudut menulis untuk menggalakkan dia menulis.
Tampal poster SEBUT BUNYI untuk senang merujuk bagaimana setiap huruf ditulis.
 

2. Make WRITING IMPORTANT.
Ibu bapa mesti menunjukkan contoh teladan menulis kepada anak-anak. Let them see you writing. Write love notes to them. Write advice to them. Write reminders to them. 
 

Sediakan peti surat khas untuk anak ( sila guna huruf kecil untuk tulisan. Huruf besar hanya untuk permulaan ayat dan nama khas).


3. Pamerkan hasil tulisan anak anda.


4. Galakkan anak anda membaca apa yang ditulis.
  

Pupuklah BUDAYA MENULIS di rumah anda!

Friday, November 29, 2013

Senaman Untuk Mudah Menulis

Aktiviti menulis bukanlah mudah untuk kanak-kanak. 
Lakukan SENAMAN untuk kanak-kanak mudah menulis:
1. Senaman kuat kan tulang belakang.
2. Senaman kuatkan otot bahu.
3. Senaman kuatkan lengan, tangan dan pergelangan tangan.
4. Senaman kuatkan jari-jemari.
5. Aktiviti koordinasi mata-tangan.

Memanjat, menggayut, menghayun akan menguatkan tukang belakang dan membina otot bahagian atas badan, yang amat penting apabila menulis.

Memulas, memusing, menggayut dan menghayun juga membina otot bahu, siku, pergelangan tangan dan jari yang kuat dan fleksibel.

Aktiviti menolak, menarik objek dan mengangkat badan sendiri pula akan memberi kanak-kanak kefahaman mengenai berat dan tekanan.

     Main tolak.


Di antara aktiviti yang dicadangkan ialah bermain di 'monkey bar', berjalan seperti ketam dan kereta sorong.
        Monkey bars.

     Berjalan ketam.

     Berjalan kereta sorong.


Aktiviti manipulatif juga penting utk kanak-kanak 2-3 tahun sebelum mereka dibimbing memegang pensel dengan 'tripod hold'.
- main doh; uli, picit, ramas, golek, gentel
-menguntai manik
- mengoyak kertas 
- merenyok cebisan kertas
- main dengan pengepit baju ( clothes pegs)

Aktiviti-aktiviti ini menguatkan otot tangan dan jari-jemari untuk memudahkan kanak-kanak memegang pensel nanti.
Bimbing anak untuk melakukan senaman di atas secara konsisten.

Thursday, November 28, 2013

Mana Lebih Penting, Membaca atau Menulis?

Bagi saya membaca dan menulis SAMA PENTING. Apabila kita ajar anak membaca kita seharusnya mengajar menulis pada masa yang sama. Kajian di luar negara oleh Laura Dinehart,  membuktikan kanak-kanak 4 tahun yang MENULIS dengan baik lebih CEMERLANG akademik di SEKOLAH RENDAH nanti.

Awal Penulisan 3- 5 tahun:
1. Apabila mengajar anak bunyi huruf, pastikan anda mengajarnya 'MENULIS' huruf sebagaimana huruf itu ditulis.

Menulis untuk anak kecil tidak semestinya dengan pensel di atas kertas. Aktiviti yang disenaraikan di bawah juga menulis.
- Menyentuh huruf berpasir.
- Membentuk huruf dengan plastisin / playdough.
- Menulis dengan jari di atas pasir / garam.
- Menulis dengan jari menggunakan cat air.
- Menulis dengan kapur basah di atas kertas hitam (sugar paper).
- Menulis di atas angin menggunakan pergerakan besar menggunakan seluruh lengan bukan menggerakkan jari sahaja ( pastikan anak sudah tahu menulis huruf tersebut dengan cara yang betul sebelum melakukan aktiviti ini). 

2. Memegang pensel.

Lekatkat pensel dengan pita pelekat.


Latih anak:
- pegang pensel pada bahagian yang dilekatkan pita.
- Flipkan pensel.
- Letakkan jari tengah di bawah pensel.





Saya cadang di tadika bermula di tahap 5 tahun, adakan masa khas untuk penulisan. Beri sijil khas atau hadiah untuk pelajar secara berkala untuk menggalakkan mereka menulis cantik. Pamerkan hasil tulisan mereka. Saya juga suka sangat kalau guru-guru Tahun 1 dan 2 menyambung usaha ini. Zaman dulu ada kelas khas untuk penulisan (penmanship). Di luar negara ada sesetengah sekolah rendah menubuhkan Kelab Penulisan (The Writing Club). Bahkan ada pertandingan tulisan cantik di peringkat nasional. Jom kita mulakan di sekolah kita!


Tuesday, November 26, 2013

BACALAH ANAKKU & READEASY PHONICS = Whole - brain learning

Kanak- kanak mempelajari sesuatu melalui kesemua pancaindera mereka. Sekiranya tangan mereka sibuk, maka minda mereka pun sibuk.
Sibuk-sibukkanlah kanak-kanak apabila anda mengajar mereka membaca.

       Finger painting 'm'.

Pendekatan 'whole-brain learning' di dalam pengajaran Bacalah Anakku & Readeasy:
1. Ajarlah bunyi-bunyi huruf dengan mengaitkan setiap bunyi dengan satu aksi yang relevan ( Rujuk Buku Panduan Bacalah Anakku, ms 5).
Sebagai contoh bunyi 'n', /nn/, dikaitkan dengan memandu kereta lumba. Kanak-kanak beraksi memandu kereta lumba sambil membuat bunyi /nnnnnnnn/.

Untuk bahasa Inggeris, kaitkan setiap bunyi dengan aksi di dalam lagu fonik Cory Cat.

2. Ajarlah bentuk dan rupa huruf menggunakan pelbagai deria (multi sensory) bukan dengan menggunakan buku atau kad imbas sahaja. Beri kanak-kanak peluang membuat bentuk huruf dengan doh, menyentuh huruf berpasir, membuat kolaj dan menulis dengan jari mengguna cat air (finger painting).

3. Ajarlah membaca dengan memberi mereka kad-kad huruf untuk digabung bunyi (Rujuk Lihat & Buat, Dengar & Buat di dalam buku Permainan Kreatif). Latih mereka untuk mengajar kawan mereka apa yang mereka pelajari (macam main cikgu-cikgu). Galakkan mereka menulis apa yang mereka baca, suku kata, perkataan dan ayat mudah.

4. Ajarlah mereka mengeja dengan mengerakkan anggota badan sambil mengeja setiap bunyi. Saya cadangkan anda membimbing kanak-kanak menggunakan Kad Eja untuk mengeja perkataan dan/atau melakukan aktiviti Spell Tap dan Spell Chop seperti yang dikongsi di dalam Kursus Intensif Bacalah Anakku dan Readeasy.

Apabila kanak-kanak mempelajari sesuatu dengan menggabungkan aktiviti mendengar, melihat, menyebut dan menulis, pelbagai bahagian di dalam otak akan dirangsang. Menurut Judy Dodge, penulis 25 Quick Formative Assessments for a Differentiated Classroom (Scholastic, 2009),  "The more parts of your brain you use, the more likely you are to retain information."

Kesimpulannya, dengan mempelbagaikan aktiviti pembelajaran, anak akan mudah ingat apa yang dipelajari.

Sunday, November 24, 2013

Kursus Intensif Bacalah Anakku, Kuala Lumpur, 23 November

Kursus Bacalah Anakku kali ni ada kelainan kerana kehadiran Adik Mimi, 4 tahun, yang menemani ibunya Puan Siti, menimba ilmu. Puan Siti belum lagi bermula mengajar Adik Mimi membaca. Cukup teruja kami dan juga para peserta melihat Mimi memberi reaksi yang positif kepada aktiviti yang kami buat bersama peserta. Memang terbukti LIVE tips pengajaran yang kami kongsi sangat efektif.





Jom sertai kursus-kursus kami di seluruh Malaysia. Saya, Nik Eliani, Penulis Bacalah Anakku Readeasy dan suami saya, Othman Ahamad serta Team Konsultan Readnetwork akan me latih anda menjadi guru dan ibu bapa yang hebat mengajar anak membaca dan menulis. 


Jangan lepas peluang Disember ini!








Thursday, November 21, 2013

SILAP 'WIRING'?

Ibu bapa mesti bijak memilih cara yang terbaik untuk mengajar anak membaca daripada awal. Cara yang salah akan membawa kepada pendawaian sel otak yang salah ( untuk mempelajari membaca). Hal ini menyebabkan anak susah mendapat kemahiran membaca dan menulis di masa hadapan. Bagi sesetengah anak, pendawaian yang salah ini mengganggunya untuk jangka masa yang panjang.

Banyak guru dan ibu bapa bertanya, bolehkah anak yang lambat membaca kerana belajar membaca menggunakan kaedah mengeja, di 'convert' menggunakan kaedah fonik Bacalah Anakku?
Boleh, tetapi memakan masa. 
Kenapa? Sebab dah silap wiring.
Mereka sudah TEGAR membaca dengan membatang perkataan dan mengeja-ngeja.

Akibat SILAP WIRING:
 Si anak membaca merangkak-rangkak kerana menggunakan kaedah mengeja. Si ibu pergi kursus fonik dengan harapan balik nanti nak ajar anak membaca dengan kaedah fonik supaya lebih lancar. Seminggu Si ibu mengajar, Si anak masih juga nak mengeja-ngeja. Terkumat-kamit mulut duk mengeja dalam hati... Si ibu kecewa.... Inilah scenario kalau 'silap wiring' sel otak untuk membaca.