Monday, January 19, 2015

Daripada Mengeja ke Fonik

Semalam saya ditanya: 
Guru: Sebelum ni saya ajar pelajar nama-nama huruf a, b, c ( ei, bi, si ).
Esok saya nak mula kaedah fonik - nak ajar bunyi.
Macamana ye, mereka dah tahu abc.

Cadangan saya sekiranya sudah mengenal abc tetapi masih belum pandai membaca:
1. Cikgu KEEP COOL ya.

2. Maklum kepada pelajar sebelum mula kelas esok,
" Murid-murid, mula hari ni cikgu nak ajar kamu bunyi huruf. Kita akan simpan dulu abc dalam bag ". 

3. Semasa belajar, apabila pelajar sebut nama huruf , cikgu buat tak tau saja. 
Beritahu pelajar, "Sebut bunyi, " sambil senyum manis.

4. Sentiasa PUJI apabila pelajar menyebut bunyi.

Cadangan saya sekiranya sudah mengenal abc dan membaca dengan membatang perkataan sambil mengeja
1. Praktikkan semua tips di atas.

2. Beri peluang mereka mengeja fonik dahulu untuk tempoh seminggu dua.
Benarkan mereka membatang perkataan dengan menyebut bunyi.
Sebagai contoh :
 /b/ beh, /a/ aa, ba,
 /j/ jeh, /u/ uu, ju, 
Baju

3. Dalam tempoh penyesuaian ini,  guru mesti perbanyakkan aktiviti menggabung bunyi secara praktikal menggunakan kad-kad huruf dan menulis( bagi pelajar yang baik kemahiran motor halusnya.)

  Aktiviti guru menggabung bunyi semasa Kursus Intensif Bacalah Anankku.
  Guru demo konsep kad bergerak untuk melatih pelajar membaca dengan menggabung bunyi.

Lakukan aktiviti praktikal Lihat dan Buat dan Dengar dan Buat dengan pelajar.
Aktiviti sensori ini akan membantu pelajar memahami konsep membaca dengan menggabung bunyi dengan cepat dan mudah.

    
 Aktiviti Dengar dan Buat semasa Kursus Intensif Bacalah Anakku menggunakan mini carta poket.



4. Setelah mereka agak MAHIR menyebut dan mengeja bunyi, beritahu mereka,
" Cikgu tengok kamu dah pandai menyebut bunyi. Sekarang gabung saja bunyi dan baca terus.

5. Beri GANJARAN untuk setiap usaha yang positif.

Jom fonik dengan Bacalah Anakku!

Saturday, January 17, 2015

Boleh membaca tetapi tak pandai bercakap.

Semalam saya bertemu dengan Guru Lisensi PhonicSmart Cikgu S mengenai pelajarnya yang berumur 6 tahun. Pelajar tersebut boleh membaca sehingga Buku 5 Bacalah Anakku, tetapi mempunyai masalah bahasa.
Anak ini hanya bercakap menggunakan satu atau dua perkataan sahaja.
Sekira ditanya, " Abang suka makan nasi? ".
Jawapan yang diberi, " Nasi. "

Cadangan saya:
Anak ini perlu dirangsang bahasanya dalam suasana yang MENYERONOKKAN melalui main peranan,  berlakon, main boneka / blok / atau apa saja yang digemarinya.



Penguasaan bahasa yang baik akan membantu kanak-kanak membaca dan menulis dengan lebih mudah.

Saya juga mencadangkan Cikgu S menggunakan kandungan Bacalah Anakku untuk rangsangan bahasa pelajarnya memandangkan pelajar tersebut menghadiri Kelas Membaca.

Kemahiran mendengar dan bertutur menggunakan Siri Fonik Bacalah Anakku.
Buku 1
1. Memberi ucap selamat - memberi dan menjawab salam, selamat pagi / tengahari / petang.
2. Memperkenalkan diri.
Saya ( Ani ).
3. Memperkenalkan kawan.
Ini ( Abu ).

BBM
1.Boneka kon / jari / lidi



Buku 2
1. Bersoal jawab menggunakan ayat : 
Mana ( mata )?
Ini  ( mata ).
                
2. Menamakan objek di sekeliling ( nasi, susu, dll. ) dan bahagian tubuh badan ( mata, mulut, kuku, kaki, siku, dll. )
Cadangan ayat : Ini ( mata ) saya / ibu / Abu. 

BBM
1. Objek di sekeliling
2. Diri sendiri.

Buku 3
1. Bersoal jawab menggunakan ayat : 
Apa itu ?
Itu  ( buku ).
Itu ( buku ) saya / Mimi / cikgu.

2. Bertutur menggunakan ayat:
Ini ( buku ).
Itu ( pensel ).

2. Bertutur menggunakan ayat:
Saya suka ( buku / nasi / lain-lain objek ). 
Saya suka ( baca buku / lain-lain perbuatan ).

BBM
1. Objek di sekeliling. Utamakan mengguna objek maujud ( real objects ) daripada menggunakan gambar.

Perhatian:
Galakkan pelajar memegang, menunjuk objek dan melakonkan perbuatan semasa latihan pertuturan. 

All the best Cikgu S!
Sebaiknya rangsangan bahasa dilakukan seawal anak dilahirkan. 
Perkembangan pertuturan dan bahasa sebenarnya dipengaruhi NATURE dan NURTURE
Put your hand phones away parents and look into your children's eyes and TALK and PLAY with them.

Friday, January 16, 2015

Jangan Pandang Main Doh Remeh


Wahai ibu bapa dan guru-guru, jadikanlah main doh aktiviti WAJIB sekiranya anda sedang mengajar anak kecil membaca.  Lebih-lebih lagi sekira anak anda cepat lupa atau mempunyai masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia.
 
Menurut kajian saintis barat, membentuk huruf dan/atau perkataan dengan 'clay' ( doh / plastisin ) membantu pendawaian saraf-saraf otak kanan yang sangat penting untuk anak disleksia.

Sesetengah anak memerlukan TEMPLATE untuk membantu mereka membentuk huruf atau perkataan.

Saya menggunakan papan putih kecil sebagai template. Mudah, murah dan tidak membazir kertas sekiranya mengajar anak sendiri.
Anda juga boleh menggunakan pinggan plastik, alas pinggan plastik ( place mats ). Di taska dan tadika guru-guru boleh menyediakan template menggunakan kertas tebal yang di laminate. 

Langkah pengajaran:
1. Sediakan template huruf / perkataan.
2. Beritahu anak, "Mama nak buat /a/ ". ( Sebut bunyi bukan nama huruf )
Tunjukkan dan ceritakan kepada anak cara huruf dibentuk. 
" Mula-mula mama gentel doh macam ular. Kemudian mama buat bentuk melengkung dulu.
Kemudian mama gentel lagi doh macam ular. Sekarang mama letak ya menegak begini.
Kak Long, inilah /a/. Bunyi apa ni Kak long?" 


Sila rujuk Carta Bunyi Bacalah Anakku / Readeasy Sound Chart untuk memastikan cara huruf ditulis dengan betul.

3. Galakkan anak untuk membentuk 'a' dengan sendiri. " Sekarang Cuba Kak Long pula buat /a/."
Beri template jika perlu.
4. Tanya anak, "Kak Long buat apa tu?"
Sekira jawapannya /a/, beri pelukan.

Bagi anak yang cepat lupa dan disleksia, aktiviti sebegini perlu dibuat untuk perkataan. Ya betul memakan masa. Tetapi aktiviti hands-on ( multi sensori ) sebegini lebih bermakna untuk mereka. 


Sambil membentuk huruf, galakkan anak menyebut setiap bunyi di dalam perkataan, / a - n -i /, /ani /. 

Selamat mencuba!

Wednesday, January 14, 2015

Kena Gaya, Kena Cara - Anak Disleksia Boleh DiAjar Membaca

Baru-baru ini saya ditanya lagi bagaimanakah cara untuk membantu anak disleksia membaca. Ini jawapan  tambahan.



Masih ada BANYAK HARAPAN untuk anak disleksia menguasai kemahiran membaca.
Kita hanya perlu tahu caranya.
 Dr Sally Shaywitz bersama pasukan Yale Center of Dyslexia and Creativity mendapati kemampuan membaca otak anak disleksik mampu diubah melalui intervensi. Apakah intervensi itu? Ia mestilah program bacaan yang bertahap dan sistematik.
( structured and systematic ).





Info daripada http://www.dyslexia-reading-well.com/causes-of-dyslexia.html

Program bacaan yang bertahap dan sistematik akan mampu melakukan pendawaian semula otak anak disleksia untuk membaca dengan lebih baik. Wow hebatkan! Inilah yang dikatakan BRAIN PLASTICITY ( keanjalan otak ).  Lagi hebat,  BRAIN PLASTICITY tiada had umur. Walau bagaimanapun, intervensi awal adalah lebih berkesan.

Tahukah anda Bacalah Anakku dan Readeasy Phonics adalah program bacaan yang bertahap dan sistematik?
 


Saya dan suami, Tn Hj Othman Ahamad, selaku penulis kedua siri bacaan ini telah berkongsi teknik pengajaran yang terperinci dengan ribuan guru dan ibu bapa melalui kursus-kursus kami. 

Langkah-langkah pengajaran yang terperinci dan sistematik akan memudahkan sesiapa sahaja samada kanak-kanak atau pun orang dewasa menguasai kemahiran membaca dan menulis. Itulah yang telah kami lakukan sepanjang 19 tahun iniPerfecting the teaching techniques.

Teknik mengajar inilah yang kami kongsi secara praktikal di dalam kursus Intensif kami.
Lihat Panduan Asas Mengajar di sini 

http://cepatmembaca.blogspot.com/2014/01/panduan-asas-mengajar-membaca.html

Jom sertai kursus kami hari ni juga. Come experience a new level of teaching reading with us.
Dijamin 99.9% tak mengantuk!


Tuesday, January 13, 2015

A Salute To Cikgu Syameer Irsyan


18 Disember 2013, pertama kali saya dan suami, Tuan Haji Othman, bertemu dengan Cikgu Syameer Irsyan, semasa kami mengendalikan Kursus Asas Bacalah Anakku Readeasy di Kuching. 


Cikgu Syameer, adalah salah seorang daripada peserta kursus kami. Memang menyerlah personaliti beliau sebagai guru, terutama semasa micro teaching. Hai kalau cikgu hebat, 5 minit pun dah boleh nampak!
Lebih-lebih lagi kalau yang pandai pula bermain kamera.
                        

Inilah di antara foto-foto beliau yang saya suka. Anak-anak muridnya di Mukah. 

Tapi yang saya lebih suka cerita-cerita Cikgu Syameer pasal fonik, pasal mengajar membaca.
Sepanjang tahun lepas, on and off, cikgu Syameer akan berkongsi cerita. Cerita beliau sebagai GURU PEMULIHAN di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Lobang, MUKAH, SARAWAK, menggunakan kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku untuk mengajar anak-anak kaum Iban. Bahasa ibunda mereka adalah bahasa  Iban. Kesemua pelajar sekolah ini tinggal di asrama. 

Menurut Cikgu Syameer budak-budak seronok belajar BUNYI dengan teknik asosiasi.
Ppppp ... Main lawan pedang! 

 
    Uuuu ... Ulat berjalan di atas dahan. Geli ke tu?

Tttt ... Main tembak-tembak t t t! Sukanya murid-murid dapat pakai topeng transformers. Suka idea Cikgu Syameer eksploit minat murid-murid untuk tujuan belajar.

 Cute kan carta poket Doraemon! 

Untuk mengajar kanak-kanak membaca menggunakan konsep gabung bunyi, kami berkongsi idea carta poket mini semasa kursus . Inilah hasil dedikasi Cikgu Syameer. 
Dengan carta poket mini, pelajar seronok membina suku kata dan perkataan mudah secara multi sensori. 
Hasilnya? Pelajar cepat membaca tanpa perlu menghafal beratus-ratus pola ejaan.

Saya cukup teruja dengan Teaching Journey Cikgu Syameer Irsyan. Di sini saya kongsikan.

MAC 2014


APRIL 2014

JULAI - OGOS 2014

Ini pula di antara  BBM Cikgu Syameer.
Ini BBM cawan saya.

Ini BBM cawan Cikgu Syameer. Banyaaaak! 

Jom kita tiru. Jangan tiru setakat BBM saja. Kita mesti tiru SIKAPnya juga ya.

Ini kad sorong-tarik saya kongsi di FB. Menurut Cikgu Syameer dia guna juga dalam pengajaran. His words... SIMPLE tapi BERKESAN.
Jom tiru!

Di antara pelajar Tahun 1 Cikgu Syameer yang berjaya membaca dalam masa 3 bulan sahaja. Pelajar ini tidak pernah menghadiri pra sekolah dan diajar membaca pada waktu petang oleh beliau.

JANUARI 2015

Beruntung Cikgu Syameer kerana mendapat sokongan daripada PPD dan juga Guru Besar. 
Tahun ini 2015, kesemua murid Tahun 1 SK Pengkalan Loban,  Mukah, Sarawak, akan menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi untuk belajar membaca.

All the best Cikgu Syameer. I hope many others are inspired by what Cikgu Syameer is doing. I DO.
And if you do too, please SHARE HIS STORY with your friends and make DOA for his success.
By the way, sebelum saya terlupa, Cikgu Syameer dah berpunya ya. Isteri beliau yang manis, Pn Nurazean Abd Rahman, juga seorang guru di Kuching.
Please add another doa, semoga Cikgu Syameer dapat bersama dengan isterinya and live happily ever after, togeder-geder.
Aamiin.

Saturday, January 10, 2015

The Most Natural Way To Teach Reading


Kaedah Fonik Gabung Bunyi ( synthetic phonics ) adalah cara yang paling FITRAH (natural) untuk mengajar membaca - samada untuk kanak-kanak mau pun orang dewasa.

KENAPA?
Kerana Kaedah Fonik Gabung Bunyi mengajar hubungi kait di antara bunyi dan simbol.
    Pelajar diajar bunyi paling kecil di dalam bahasa pertuturan (fonem) boleh diwakili oleh huruf atau huruf-huruf (simbol).

Jom kita lihat perkembangan bahasa bayi.
Umur:
1 bulan - WAA nangis! Nangis lapar, nangis ngantuk, nangis tak selesa.
           
    Baby tengah buat work out peti suara. Nanti macam-macam bunyi lagi akan keluar.

2 hingga 5 bulan - uuu, aaa, iiii bunyi-bunyi awal yang paling mudah dikeluarkan oleh baby ( bunyi vokal ).
Sebab itulah dalam Bacalah Anakku, kanak-kanak diajar membaca perkataan yang ada bunyi /a/, /i/, /u/ dahulu. Ini yang dikatakan FITRAH.


Bayi berumur 2 himgga 3 bulan juga mengeluarkan bunyi k, g, l, h ( bunyi konsonan ) seperti bunyi bbb, ddd, ppp dan mmm.  Inilah peringkat 'cooing', 'babbling' dan 'gurgling'.

6 hingga 12 bulan - baby mula meluahkan bunyi suku kata, mamama, papapa, dadada, gugu, gaga.

Sebab itulah di dalam Bacalah Anakku, bunyi-bunyi  /n, b, m, k / adalah di antara bunyi awal yang diperkenalkan. Seterusnya kanak-kanak dilatih menggabung bunyi suku kata terbuka dahulu.
Ini yang dikatakan FITRAH.

Menjangkau umur 12 bulan, bayi mula menyebut perkataan mudah seperti mama, papa dan baba. 
Di akhir 18 bulan, mereka boleh menyebut lebih kurang10 perkataan dan mereka memahami  perkataan tersebut.

Di akhir 24 bulan, mereka boleh menyebut frasa seperti 'nak bola'.
Sebab itulah anak seawal 3 tahun mampu diajar membaca menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi BACALAH ANAKKU.


Buatlah pilihan yang BIJAK.
Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku boleh dibeli di www.readnetwork.sto.my 



                   



Monday, January 5, 2015

Pssst .... Saya ada RAHSIA (2)

SAMBUNGAN:
Di antara RAHSIA anak cepat menguasai kemahiran membaca adalah kemampuannya untuk mengGABUNG BUNYI dengan PANTAS.

Sesetengah kanak-kanak kecil perlu banyak latihan dan pengulangan untuk pandai membaca.
Latihan yang penting adalah LATIHAN GABUNG BUNYI.

Kita melatih kanak-kanak menggabung bunyi supaya mereka faham bahawa perkataan terbina daripada bunyi-bunyi paling kecil di dalam bahasa pertuturan. Perkataan yang diucapkan TIDAK terbina daripada NAMA HURUF abc ( ei, bi, si ).

Oleh kerana kita mengajar kanak-kanak, maka latihan dan pengulangan mestilah MENYERONOKKAN.
Jom latih mereka menggabung bunyi sambil memandu kereta.

Bahan-bahan:
Kereta mainan
Kad-kad huruf ( saya menggunakan kad-kad Bacalah Anakku )
Trek kereta lumba / jalan raya / karpet seperti di dalam gambar.


1. Atur kad seperti mana di dalam gambar.

2. Modelkan kepada kanak-kanak bagaimana menggabung bunyi sambil memandu.
/b/ ... /i/,    / bi /
/n/ ... /a/,   / na /

3. Galakkan kanak-kanak melakukan sebagaimana ditunjukkan.

4. Teruskan bermain dengan mengganti kad-kad kad bunyi/huruf dengan kad-kad yang berbeza.
Aktiviti sebegini bukan saja menyeronokkan tetapi sangat berkesan untuk melatih gabungan bunyi kerana pendekatan 'hands-on'.